Wed Mar 12 2025
Agenda AWANI: Bina Semula Gaza: Negara Arab mungkin bertegas kerana bimbang rakyat memberontak – Pengarah IEIJS
Pengarah Institut Kecemerlangan Pangajian Baitulmaqdis (IEIJS) Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya. Dr. Aminurraasyid Yatiban berkata bimbang dengan risiko pemberontakan rakyat sendiri mungkin menjadi faktor yang menyebabkan negara-negara Arab bertegas dalam isu bina semula Gaza. Jelasnya, masyarakat awam Arab sememangnya tidak berbelah bahagi menyokong pembelaan nasib rakyat Palestin. #AgendaAWANI
Tarif Trump: Peluang Malaysia untuk penuhi vakum permintaan produk China - Penganalisis
Perang dagang yang dicetuskan oleh kadar tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat kepada rakan dagangnnya merupakan peluang untuk Malaysia mengembangkan perdagangan. Penganalisis berpandangan tarif yang lebih tinggi dikenakan keatas produk dari China membuka peluang untuk pengguna memilih barangan daripada Malaysia yang dikenakan tarif lebih rendah. #AgendaAWANI
AS tidak akan mengabaikan suara kolektif ASEAN - Penganalisis
Amerika Syarikat dijangka tidak akan membiarkan dasar mengenai kadar tarif yang tidak munasabah ke atas negara-negara ASEAN berterusan. Penganalisis berpandangan, ASEAN secara kolektif merupakan pemain dan pasaran industri yang terlalu penting sehingga tidak mungkin akan diabaikan. #AgendaAWANI
Agenda AWANI: Perang Dagang AS-China | Apa Nasib Pekerja?
Dalam ketidaktentuan risiko global, golongan pekerja dijangka berdepan dengan cabaran termasuk produktiviti, gaji dan elaun terjejas, peluang kenaikan pangkat dan latihan profesional? Jadi, apa perlu buat? Diskusi 9 malam
Agenda AWANI: Rundingan Tarif AS, Lindungi Kepentingan Negara
Sejauh mana positifnya hasil rundingan bersama pentadbiran AS pada minggu lalu terkait tarif timbal balik ke atas Malaysia, dengan perbincangan meliputi pengurangan defisit perdagangan, penghapusan halangan bukan tarif, keselamatan teknologi selain potensi perjanjian perdagangan dua hala? Diskusi 8.30 malam
Ramli Ngah Talib, Pulau Pinang, Agong, Istana Negara, Buletin AWANI
Apa jalan penyelesaian terbaik yang bersifat adil dan saksama khususnya dalam perbincangan delegasi Malaysia di Washington, Amerika Syarikat ketika ini susulan tarif timbal balik yang dikenakan ke atas produk negara ini? Apa kepentingan Malaysia yang juga perlu dipelihara? Temu bual khas bersama Menteri MITI Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Agenda AWANI: Pengurusan bencana: Adaptasi kepakaran serantau
Indonesia merupakan negara kelima tertinggi di dunia mengalami pelbagai bencana seperti letusan gunung berapi, tsunami, gempa bumi, banjir dan tanah runtuh serta kebakaran hutan. Apa yang kita boleh belajar khususnya dalam soal pengurusan bencana? Diskusi 9 malam
Agenda AWANI: Perang dagang AS-China: Apa strategi berunding?
Apa peluang kita dan apa penyelesaian terbaik dalam rundingan bersama Amerika Syarikat terkait isu tarif balas yang dikenakan ke atas eksport Malaysia, tanpa menjejaskan kepentingan mana-mana pihak? Diskusi 8.30 malam
Jakarta, Sumatera Barat akan promosikan TVET Malaysia kepada pelajar tempatan - Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Jakarta dan Sumatera Barat akan mempromosikan Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) Malaysia kepada pelajar-pelajar tempatan. Jelasnya, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan universiti-universiti teknikal Malaysia akan mendapat manfaat daripada kerjasama yang terjalin ini.
ASEAN-China: Selaraskan harga CPO jamin persaingan sihat - Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata negara-negara pengeluar minyak sawit mentah (CPO) dalam kalangan negara-negara ASEAN wajar diselaraskan. Jelasnya, ini bagi memastikan persaingan pasaran negara pengguna di luar Asia Tenggara, termasuk China, lebih sihat. #AgendaAWANI
Agenda AWANI: Cerita perang dagang, kerjasama halal dan TVET
Hubungan bilateral Malaysia-Indonesia terus diperkukuh melalui kerjasama industri halal, tenaga kerja dan TVET, selain perbincangan mengenai isu serantau, perang dagang dan Palestin. Temu bual bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyentuh soal lawatan rasminya ke Indonesia ketika ini.
Agenda AWANI: Perang dagang AS-China: ‘ASEAN Centrality’ sebagai solusi
ASEAN sepakat untuk terus berunding dan tidak membalas tarif sepihak AS. Namun, apa ‘tawaran’ yang boleh memastikan rundingan berhasil tanpa menjejaskan kepentingan mana-mana pihak? Diskusi 8.30 malam
Agenda AWANI: Rundingan perang dagang AS-China
Apa peluang Malaysia untuk pastikan rundingan berkaitan tarif timbal balik oleh Amerika Syarikat ke atas produk negara ini dapat membuahkan hasil dan mencapai situasi menang-menang untuk kedua-dua belah pihak? Diskusi 9 malam
Agenda AWANI: Henti tipu pakej haji
Jangan menipu dan jangan ditipu! Apa perlu buat untuk pastikan tiada lagi penipuan tawaran pakej haji palsu dan bagaimana bakal jemaah haji boleh elak supaya tidak mudah terpedaya dengan pihak tidak bertanggungjawab? Diskusi 8.30 malam
Agenda AWANI: US-China trade war: What’s next?
The US-China trade war has significantly impacted global trade and potentially disrupted supply chains. Recently, the US imposed a 145% tariff on Chinese goods, while China responded with a 125% tariff on US imports. What's next? Catch the discussion tonight at 9pm.
Agenda AWANI: Lawatan presiden China ke Malaysia: Apa boleh jangka?
Bagaimanakah Malaysia boleh memanfaatkan lawatan Presiden China Xi Jinping ke negara ini untuk meraih komitmen ekonomi yang lebih kukuh daripada China tanpa menjejaskan hubungan strategik dengan Amerika Syarikat? Diskusi 9 malam