awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes bunuh di Sg Bakap: Dua lelaki disambung reman enam hari

Bernama
Bernama
06/01/2026
12:48 MYT
Kes bunuh di Sg Bakap: Dua lelaki disambung reman enam hari
Polis berkata penyambungan reman itu adalah bagi membolehkan pihak polis melengkapkan siasatan berhubung kejadian tersebut.
NIBONG TEBAL: Reman dua lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes seorang lelaki maut dan dua lagi cedera selepas diserang sekumpulan lelaki bertopeng bersenjatakan objek tajam di sebuah restoran di Sungai Bakap pada 30 Dis, disambung enam hari lagi.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata penyambungan reman dua lelaki berusia 23 dan 36 tahun itu, bagi membolehkan pihak polis melengkapkan siasatan berhubung kejadian tersebut.
"Polis juga sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk mengesan jika masih terdapat suspek lain terlibat dalam kejadian serangan tersebut dan setakat ini, 14 suspek ditahan serta masih dalam tempoh reman," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Sebelum ini dilaporkan tiga mangsa yang merupakan peniaga diserang lebih 15 lelaki semasa sedang minum di sebuah restoran, menyebabkan seorang maut manakala dua lagi cedera termasuk seorang kritikal, namun kini dilaporkan dalam keadaan stabil.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sungai Bakap
#kes bunuh
#reman
#polis pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan