Tue Apr 22 2025
Banyak isu-isu perikanan di sempadan Malaysia-Indonesia diselesaikan dengan baik - Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata banyak isu-isu mengenai perikanan di sempadan perairan Malaysia-Indonesia diselesaikan dengan baik dan tuntas. Jelasnya, ia disumbangkan oleh perjanjian persefahaman yang telah ditandatangani kedua-dua negara. #AgendaAWANI
Catat jualan RM154 bilion pada MAC 2025
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata pertumbuhan itu didorong oleh subsektor dalam perdagangan runcit dan borong.
Pembinaan pesawat rondaan maritim TUDM capai 60 peratus
Pembinaan dua buah pesawat rondaan maritim atau maritime patrol aircraft (MPA) model p-72m untuk Tentera Udara Diraja Malaysia kini telah mencapai kemajuan lebih 60 peratus.
Perubahan tarif AS-China beri kesan pengeluar sarung tangan
Sebarang perubahan dalam struktur tarif antara Amerika Syarikat dan China dijangka memberi kesan langsung kepada pengeluar sarung tangan di Malaysia.
Apple pertimbang naikkan harga iPhone baharu
Apple sedang mempertimbangkan menaikkan harga produk iPhone baharu sejajar dengan penambahan ciri-ciri baharu dan perubahan reka bentuk.
Mexico bantah penggantungan import lembu oleh A.S.
Mexico menyatakan bantahan terhadap keputusan Amerika Syarikat untuk menggantung import haiwan ternakan berikutan kebimbangan terhadap kehadiran cacing skru.
Pelan Kemajuan Halal 2030 bakal dilancarkan tahun ini
Pelan Kemajuan Halal Negeri Johor 2030 sedang diperhalusi dan akan dilancarkan tahun ini, bagi memperkasakan ekosistem halal negeri secara menyeluruh.
Keputusan subsidi RON95 akan ambil kira ekonomi semasa
Kerajaan akan mengambil kira keadaan ekonomi semasa dalam membuat sebarang keputusan mengenai pelaksanaan penyasaran semula subsidi petrol RON95.
UMS wujudkan Grid Centre pertama di Kepulauan Borneo
Universiti Malaysia Sabah (UMS) wujudkan pusat data infrastruktur hijau tahan lasak atau grid center yang pertama di kepulauan Borneo.
Perkembangan nahas trak FRU
Khalis Khadir bawakan perkembangan terkini nahas yang mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Perskeutuan (FRU) di Teluk Intan, Perak.
Jenazah anggota FRU akan diberi penghormatan terakhir sebelum dihantar pulang ke kampung halaman
Jenazah sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam nahas jalan raya di Jalan Chikus - Sungai Lampan, pada pagi Selasa, akan diberi penghormatan terakhir sebelum dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing.
Pantau Agenda Reformasi: Rencah Pemilihan PKR 2025
Adakah Pemilihan PKR 2025 ini akan membuka ruang kepada kemunculan tokoh pelapis baru, atau kita bakal melihat kesinambungan dominasi kelompok lama yang yang memperjuangkan idealisme reformasi?
Jenazah anggota FRU akan diberi penghormatan terakhir sebelum dihantar pulang ke kampung halaman
Jenazah sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam nahas jalan raya di Jalan Chikus - Sungai Lampan, pada pagi Selasa, akan diberi penghormatan terakhir sebelum dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing.
Menyalurkan 50% daripada kutipan saman AWAS kepada Kementerian Pengangkutan - Loke
Menteri Pengangkutan berkata jawatankuasa kabinet bersetuju untuk menyalurkan 50% daripada kutipan saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) kepada Kementerian Pengangkutan. Dana ini akan digunakan untuk melaksanakan inisiatif keselamatan jalan raya, termasuk pemasangan lampu jalan LED solar di kawasan-kawasan yang dikenal pasti sebagai berisiko tinggi kemalangan.
#AWANInews
#AWANInews
AWANI Ringkas: PM arah siasatan secara menyeluruh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Seni Malaysia gegar Abu Dhabi 5 bulan
“To Know Malaysia is To Love Malaysia” mengetengahkan 44 karya seni kontemporari oleh 10 pelukis Malaysia di Cultural Foundation Abu Dhabi dari April hingga September 2025. Ia adalah pameran antarabangsa pertama seumpamanya yang mempamerkan koleksi AFK, menyorot perjalanan seni dan identiti negara melalui lukisan, arca dan media campuran. Disokong oleh Christie's, CIMB Artober dan Limkokwing University, pameran ini menandakan kebangkitan seni Malaysia di pentas global.