Fri Oct 11 2024
Konflik Asia Barat: Menteri Luar Iran gesa pemimpin dunia henti kekejaman zionis
Menteri Luar Iran, Seyed Abbas Araghchi menggesa rakan sejawatnya dari seluruh dunia untuk mempergiat usaha menghentikan kekejaman dilakukan rejim Zionis di Asia Barat.
Menerusi satu hantaran di X, kementeriannya berkata tindakan jenayah dilakukan zionis merupakan ancaman serius terhadap keamanan dan keselamatan serantau dan antarabangsa, serta jelas menggambarkan apa itu jenayah perang, jenayah terhadap kemanusiaan, dan genosid.

Ahmad Faizal terima keputusan naib presiden dengan terbuka
Penyandang Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menerima dengan hati terbuka sebarang keputusan pemilihan parti yang bakal diumumkan hari ini, sama ada menang jawatan Naib Presiden atau sebaliknya.
Imbasan CT Tze Liang normal, keadaan stabil
Imbasan C-T penerjun negara, Ooi Tze Liang, yang mengalami kecederaan semasa final acara papan anjal 3 meter lelaki Terbuka Malaysia di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, semalam, didapati dalam keadaan normal.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, berkata beliau telah menghubungi Tze Liang, 30 tahun, yang mengalami luka di kepala selepas terhantuk pada papan anjal ketika melakukan terjunan kedua.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, berkata beliau telah menghubungi Tze Liang, 30 tahun, yang mengalami luka di kepala selepas terhantuk pada papan anjal ketika melakukan terjunan kedua.
PM ke China mulai 4 November bagi lawatan kerja empat hari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan kerja ke China dari 4 hingga 7 Nov 2024, atas jemputan daripada rakan sejawatnya Li Qiang untuk menghadiri Ekspo Import Antarabangsa China Ketujuh (CIIE ke-7) di Shanghai.
Menurut kenyataan Wisma Putra pada Ahad, Malaysia diberi penghormatan sebagai "country of honour" di CIIE ketujuh pada tahun ini.
Menurut kenyataan Wisma Putra pada Ahad, Malaysia diberi penghormatan sebagai "country of honour" di CIIE ketujuh pada tahun ini.
AWANI Ringkas: Ringgit diniaga berhati-hati
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Korea Utara tuduh Presiden Korea Selatan gugat keselamatan
Media negara Korea Utara menerbitkan kertas putih pada Ahad, menuduh Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, mendedahkan negaranya kepada risiko perang nuklear melalui dasar-dasarnya terhadap Korea Utara.
Dokumen tersebut, yang disediakan oleh Institut Kajian Negara Musuh Korea Utara dan dikeluarkan oleh agensi berita KCNA, mengkritik kenyataan Yoon mengenai perang.
Dokumen tersebut, yang disediakan oleh Institut Kajian Negara Musuh Korea Utara dan dikeluarkan oleh agensi berita KCNA, mengkritik kenyataan Yoon mengenai perang.
Pengusaha tutup premis, bimbang kekacauan pada hari undian
Beberapa pengusaha perniagaan di Washington D.C., Amerika Syarikat mula menutup premis mereka berikutan kebimbangan tentang kemungkinan kekacauan pada hari pengundian.
Menerusi sebuah rakaman, pemilik dan pekerja premis dilihat mendirikan dan memaku papan di hadapan premis mereka sebagai langkah keselamatan.
Menerusi sebuah rakaman, pemilik dan pekerja premis dilihat mendirikan dan memaku papan di hadapan premis mereka sebagai langkah keselamatan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [3 November 2024]
Antara fokus AWANI Pagi Bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- PM arah Khazanah laksana audit dalaman kerugian pelaburan RM43.9 juta
- Kerjasama PH-BN wajar diteruskan pada pilihan raya akan datang - PM Anwar
- Remaja maut terkena renjatan elektrik ketika cas telefon bimbit dalam bas ekspres
#AWANInews #AWANIpagi

#AWANIRingkas 3 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 3 November 2024
1️⃣ Tidak akan campur tangan dalam siasatan SPRM
2️⃣ Dagangan tidak menentu menjelang pilihan raya AS
3️⃣ Trump & Harris lancar pecutan akhir kempen
#awaniringkas
1️⃣ Tidak akan campur tangan dalam siasatan SPRM
2️⃣ Dagangan tidak menentu menjelang pilihan raya AS
3️⃣ Trump & Harris lancar pecutan akhir kempen
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Trump & Harris lancar pecutan akhir kempen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kemi Badenoch dipilih sebagai pemimpin baharu
Kemi Badenoch dipilih sebagai pemimpin Parti Konservatif UK yang baharu, menggantikan Rishi Sunak sebagai Ketua Pembangkang.
Tragedi di stesen kereta api Serbia ragut 14 nyawa
Jumlah mangsa yang terkorban selepas kanopi konkrit runtuh di stesen kereta api utama di bandar utara Serbia, Novi Sad meningkat kepada 14 orang.
Bersimpati atas tragedi itu, Menteri Dalam Negeri, Ivica Dačić berkata, Kerajaan Serbia mengisytiharkan hari berkabung rasmi di seluruh negara pada Sabtu.
Bersimpati atas tragedi itu, Menteri Dalam Negeri, Ivica Dačić berkata, Kerajaan Serbia mengisytiharkan hari berkabung rasmi di seluruh negara pada Sabtu.
Kena renjatan elektrik ketika cas telefon bimbit dalam bas
Seorang remaja lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika mahu mengecas telefon bimbit di soket dalam sebuah bas ekspres di Penang Sentral, Pulau Pinang pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, mangsa Mohamad Nur Asymawi Jasmadi, 18 tahun ditemukan maut dalam kejadian kira-kira jam 6.10 petang.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, mangsa Mohamad Nur Asymawi Jasmadi, 18 tahun ditemukan maut dalam kejadian kira-kira jam 6.10 petang.
Ringgit diniaga berhati-hati menjelang Pilihan Raya AS
Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan menjelang pilihan raya presiden AS, dengan potensi turun naik bergantung pada keputusan pilihan raya.
Sentimen tidak menentu FBM KLCI menjelang Pilihan Raya AS
FBM KLCI dijangka diniagakan dalam sentimen tidak menentu minggu depan menjelang pilihan raya presiden AS, dengan pelabur mengambil pendekatan tunggu dan lihat.
Hampir 200,000 penduduk Jepun diarah pindah akibat hujan lebat
Hampir 200,000 penduduk di Jepun digesa berpindah selepas pihak berkuasa mengeluarkan arahan pemindahan selepas hujan lebat melanda Matsutyama pada Sabtu.
Agensi Meteorologi Jepun mengatakan keadaan itu berlaku disebabkan Taufan Kong-rey, yang berubah menjadi tekanan udara rendah sehingga membawa hujan sebanyak 100 milimeter dalam masa satu jam.
Agensi Meteorologi Jepun mengatakan keadaan itu berlaku disebabkan Taufan Kong-rey, yang berubah menjadi tekanan udara rendah sehingga membawa hujan sebanyak 100 milimeter dalam masa satu jam.