AirAsia X akan memulakan penerbangan ke Amritsar, bandar di utara India, mulai 16 Ogos bagi memenuhi peningkatan trafik dan transit pelancongan yang ketara dari negeri Punjab.
Syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh itu akan menyediakan empat penerbangan seminggu antara Kuala Lumpur dan Amritsar, masing-masing pada Selasa, Khamis, Sabtu dan Ahad.
"Ramai masyarakat Sikh dan Punjabi meminta kami terbang terus ke Amritsar, tempa Kuil Emas yang terkenal di dunia, dan kami gembira dapat menawarkan perkhidmatan terus ini ke bandar suci ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail, di Amritsar pada Selasa.
"Laluan baharu ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk mengukuhkan kedudukan kami di India, yang menawarkan potensi kemungkinan untuk berkembang ke Eropah dan Amerika Utara," katanya.
Amritsar ialah destinasi ketiga India bagi AirAsia X, dan destinasi ke-21 di India oleh Kumpulan AirAsia. Dua lagi destinasi AirAsia X ialah New Delhi dan Jaipur.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Punjab Navjot Singh Sidhu, bekas bintang kriket terkemuka, berkata perkhidmatan terus Malaysia itu akan meningkatkan tarikan Amritsar sebagai destinasi memandangkan Kuil Emas sahaja berjaya menarik 125,000 pengunjung setiap hari.
"Kami mengalu-alukan AirAsia X ke Amritsar, dan kami gembira kerana diaspora Punjabi dan pelancong asing dari destinasi dalam rangkaian luas AirAsia termasuk Australia dan New Zealand, akan dapat melakukan perjalanan ke Amritsar dan Punjab," kata Sidhu.
"Penerangana terus AirAsia X ke Amritsar sangat penting untuk masyaakat Punjabi di seluruh dunia, memandangkan ia bukan sahaja destinasi pilihan untuk diaspora Punjab, bahkan pelancong asing. Perhubungan merupakan nadi pelancongan di Punjab, dan syarikat penerbangan itu menawarkan rangkaian luas penyambungan yang akan menghubungkan Amritsar ke bandar-bandar lain operasi perkhidmatan AirAsia ke seluruh dunia," kata Sidhu.
Syarikat penerbangan itu menawarkan tambang promosi untuk tempoh terhad bermula dari 3,555 rupee (RM 208) satu hala untuk tempat duduk ekonomi dan 11,900 rupee satu hala untuk kelas Premium Flatbed.
AirAsia X berkata laluan baharu itu berpotensi menawarkan 156,832 tempat duduk setahun antara Kuala Lumpur dan Amritsar.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 02 2018
AirAsia X akan menyediakan empat penerbangan seminggu antara Kuala Lumpur dan Amritsar, masing-masing pada Selasa, Khamis, Sabtu dan Ahad.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Kerugian bersih Airasia X meningkat kepada RM305.24 juta
Perolehan hasilnya turut berkurangan kepada RM91.44 juta daripada RM1.01 bilion sebelum ini.
AirAsia X mungkin kembali ke India
Airasia X melihat kemungkinan akan memulakan kembali laluan ke eropah dan India yang dihentikan akibat kos tinggi sebelum ini.