Astro antara penerima anugerah bagi kategori 50 Syarikat Senaraian Awam ASEAN Terbaik di Anugerah Tadbir Urus Korporat (CG) ASEAN ke-2 di sini pada Rabu.

Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Astro, Shafiq Abdul Jabbar menerima anugerah tersebut daripada Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah.

Anugerah CG ASEAN adalah anjuran Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti Bhd. (MSWG).

Ia mengiktiraf 50 PLC ASEAN dan PLC yang cemerlang dari setiap negara yang mengambil bahagian dari segi amalan tadbir urus korporat.

Penilaian dilakukan berdasarkan Skor Kad Tadbir Urus Korporat ASEAN (ASGS) 2017.

Projek ini diterajui oleh Forum Pasaran Modal ASEAN (ACMF) dengan sokongan Bank Pembangunan Asia (ADB) bagi mewujudkan satu rangka kerja tadbir urus bersama di rantau ini.

Ia juga bagi meningkatkan profil PLC ASEAN dalam komuniti pelaburan global.