DAP mendakwa Bajet 2016 yang dibentangkan pada Jumaat tidak menyenaraikan langkah-langkah terbaik untuk memulihkan kembali nilai ringgit yang menyaksikan prestasi mata wang itu menjadi paling teruk terjejas di Asia.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mempersoalkan sama ada Barisan Nasional akan mengakui bajet yang dibentangkan itu gagal jika nilai ringgit tidak dipulihkan.
"Adakah BN akan mengakui Bajet 2016 gagal jika nilai ringgit tidak kembali ke paras RM3.70-RM3.80 berbanding AS$1 dari RM4.30 sekarang?" soalnya ketika berucap pada konvensyen DAP Pahang di Bentong pada Ahad.
DAP dan parti pembangkang lain menyalahkan isu kewangan terkini negara sebagai faktor yang menyumbang kepada kemerosotan ekonomi dan kejatuhan ringgit.
Lim yang juga ahli Parlimen Bagan dan ketua menteri Pulau Pinang, juga mempersoalkan bagaimana Putrajaya merancang untuk menangani hutang Kerajaan Persekutuan yang meningkat daripada RM266 bilion pada akhir 2007 kepada RM627.5 bilion pada Jun tahun ini.
"Jika liabiliti luar jangka yang dimasukkan, hutang Kerajaan Persekutuan dijangka mencecah RM800 bilion menjelang akhir 2016.
Ini bermakna, hutang kerajaan persekutuan akan meningkat hampir 3 kali ganda dalam tempoh 9 tahun," katanya.
Astro Awani
Sun Oct 25 2015
LIM: Adakah BN akan mengakui Bajet 2016 gagal jika nilai ringgit tidak kembali ke paras RM3.70-RM3.80 berbanding AS$1 dari RM4.30 sekarang?
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
'Langkah proaktif selamat negara dari krisis ekonomi dunia' - Najib
Langkah proaktif Kerajaan dalam menangani krisis ekonomi dunia memberi kesan positif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
607,842 peminjam tidak pernah bayar PTPTN
Sejumlah 607,842 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) didapati gagal membuat sebarang bayaran balik pinjaman tersebut.
Moody's: Malaysia kekalkan pengukuhan fiskal dalam Bajet 2016
Bajet 2016 yang dibentangkan Malaysia mengekalkan aliran pengukuhan fiskal kredit positif, menurut Moody's Investors Service.
Bajet 2016 tidak mampu pulihkan nilai ringgit - DAP
Lim Guan Eng berkata Bajet 2016 tidak menyenaraikan langkah-langkah terbaik untuk memulihkan kembali ringgit.
Bajet dikurangkan bukan halangan jadi kreatif
Naib Canselor UUM berkata bagi menambahkan pendapatan, pihaknya akan beri tumpuan kepada usaha mengkomersialkan produk teknologi dan inovasi
Tiada dalam Bajet 2016 tidak bermakna projek batal - Mukhriz
Datuk Seri Mukhriz berkata segala proses berkaitan KXP telah dibincangkan di peringkat EPU untuk langkah seterusnya.
IPTA Awam digesa cari dana sendiri - Idris Jusoh
Datuk Seri Idris Jusoh berkata IPTA Malaysia terlalu bergantung kepada sumber dana kerajaan berbanding pusat pengajian di luar negara.
'Peruntukan kepada Sarawak perlu diurus tanpa halangan birokrasi kurang cekap'
Peruntukan sebanyak RM29.2 bilion kepada Sarawak dan Sabah dalam Bajet 2016 perlu diurus dengan bijak dan efektif tanpa halangan birokrasi yang kurang cekap,kata Pengerusi Kelab Penyokong BN Sarawak.
Kerajaan terus prihatin keperluan masyarakat India - Ahmad Zahid
Kerajaan akan terus prihatin terhadap keperluan masyarakat India khususnya dalam bidang pendidikan dan perniagaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Fokus Bajet 2016 untungkan rakyat Sabah dan Sarawak - Adenan Satem
Peruntukan besar dalam Bajet 2016 untuk Sarawak dan Sabah dilihat memberi keuntungan kepada rakyat dan negeri berkenaan, kata Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem.