Bank Negara Malaysia (BNM) beserta pihak industri kewangan lain, kini dalam proses mewujudkan sebuah Platform Risikan Ancaman Kewangan yang dijangka beroperasi sebelum akhir tahun ini.
Gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata platform itu akan berperanan mengumpul, menganalisis dan menyebarkan maklumat masa sebenar mengenai ancaman dan aliran siber bagi memperkukuh keupayaan pengesanan industri terhadap risiko tersebut.
"Kami menjangkakan platform itu dapat beroperasi sebelum akhir tahun ini. Saya juga ingin mengumumkan mengenai penubuhan satu makmal inovasi khusus berkaitan di Sasana Kijang ini," katanya ketika berucap merasmikan penganjuran MyFintech Week 2019 di sini yang julung kali diadakan.
Sasana Kijang yang diwujudkan oleh BNM pada 2011, merupakan sebuah pusat penyelidikan dan latihan perbankan pusat dan perkhidmatan kewangan selain menempatkan Pusat Penyelidikan dan Latihan Bank-Bank Pusat Asia Tenggara (SEACEN) serta Muzium BNM dan Galeri Seni.
Mengulas selanjutnya, Nor Shamsiah berkata makmal itu akan menyediakan persekitaran kerjasama bagi tujuan merangka, melanjutkan lagi serta usaha prototaip penyelidikan inovasi untuk memperhalusi masalah terbabit.
Dalam pada itu, bank pusat tersebut akan turut memulakan akses terbuka dan saksama terhadap infrastruktur pembayaran bagi bank dan bukan bank.
"Adalah penting untuk memperakui keperluan terhadap infrastruktur digital awam lainnya sebagai pengubah utama bagi mendapatkan potensi teknologi kewangan (fintech) sepenuhnya.
"Ini termasuk memiliki satu sistem identiti digital kebangsaan, kerangka terbuka API (aplikasi pemprograman antara muka) dan perbankan terbuka, dasar pengkomputeran awan yang jelas serta kesalinghubungan jalur lebar di seluruh negara," katanya.
Selain itu, BNM akan turut membezakan pendekatan pengawalseliaan dan penyeliaan bagi memperoleh sumber baharu dan transmisi risiko dan pada masa sama membolehkan aspek eksperimentasi bagi firma membangunkan ekonomi berskala.
"Objektif penting itu adalah mengurangkan arbitraj pengawalseliaan yang boleh meningkatkan risiko dalam bahagian sistem kewangan yang tertakluk kepada peraturan berbeza.
"Kami menjangkakan ini akan disusuli dengan gesaan terhadap pendekatan lebih dinamik dalam aspek pengawalseliaan dan penyeliaan selain penambahbaikan komunikasi mengenai kemajuan pengawalseliaan bagi masa depan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 17 2019
BNM serta pihak industri kewangan lain, kini dalam proses mewujudkan sebuah Platform Risikan Ancaman Kewangan yang dijangka beroperasi sebelum akhir tahun ini. -Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Rizab Antarabangsa BNM berjumlah AS$113.4 bilion pada 15 April 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$113.4 bilion pada 15 April, 2024 berbanding dengan US$113.8 bilion pada 29 Mac, 2024.
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Usaha terselaras kukuhkan ringgit, tiada rancangan bagi kawalan modal - BNM
Sejak 26 Februari, ringgit merupakan satu-satunya mata wang serantau yang mengukuh berbanding dolar AS, iaitu meningkat sebanyak 0.6 peratus.
Rizab antarabangsa BNM AS$113.8 bilion
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$113.8 bilion pada 29 Mac 2024.
Kerajaan komited pastikan nilai ringgit mengukuh - Amir Hamzah
Kerajaan komited dalam memastikan prestasi nilai ringgit di tahap yang lebih baik dan mengukuh, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.
Ringgit diunjur mengukuh tahun ini didorong pembaharuan struktur, prospek positif - BNM
Ringgit berada dalam kedudukan baik untuk mengukuh pada 2024, didorong oleh pembaharuan struktur dan prospek pertumbuhan yang positif.
BNM dijangka kekalkan OPR tidak berubah sepanjang 2024 - BMI
BMI berkata terdapat dua alasan yang menyokong pandangannya bahawa BNM akan mengekalkan kadar pada mesyuarat seterusnya pada 9 Mei 2024.
Langkah GLC, GLIC bawa pulang pendapatan pelaburan asing beri kesan positif terhadap ringgit - Gabenor BNM
Abdul Rasheed berkata ringgit telah meningkat kira-kira 1.8 peratus berbanding dolar AS bagi tempoh dari Januari hingga Februari.
Malaysia dijangka catat KDNK 4-5 peratus pada 2024 - Bank Negara
Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang antara 4.0 dan 5.0 peratus pada 2024.