Datuk Seri Johari Abdul Ghani menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa Syarikat Proton Holdings Bhd (Proton) akan dijual susulan cadangan pengeluar kereta tempatan itu untuk mencari rakan kongsi strategik.
Tegas Menteri Kewangan II itu, langkah mencari rakan kongsi strategik dilihat mampu menyelamatkan Proton untuk jangka masa panjang.
"Rakan kongsi strategik yang dicari ialah yang mempunyai kebolehan, pasaran antarabangsa,dan teknologi. Contohnya kalau hendak eksport Proton di UK, enjin kita masih Euro4, sedangkan kalau pergi negara maju, dia hendak enjin Euro6.
"Kalau kita tidak ada teknologi itu, macam mana kita nak jual kereta? Jadi dengan ada rakan kongsi strategik ini, ia boleh menyelamatkan Proton untuk jangka masa panjang.
"Dalam masa sama, ia boleh membantu Proton untuk pulih dari segi teknologi, reka bentuk yang terkini, enjin yang berkebolehan dan diterima negara maju," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Aplikasi Mobile Semakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di sini, hari ini.
BACA: Dakwaan 51 peratus saham Proton dijual kepada syarikat asing tidak benar - Ka Chuan
BACA: Kerjasama Proton dengan rakan kongsi asing akan wujud lebih banyak peluang pekerjaan
Tegasnya, jika Proton tidak diuruskan dengan sebaiknya beliau bimbang syarikat berkenaan tidak akan mampu bersaing dan sekali gus menyebabkan ribuan orang akan kehilangan pekerjaan.
"Sebab itu kita galakkan Proton untuk mencari rakan kongsi strategik kerana kalau mereka sendiri, mungkin tidak boleh kerana dalam 32 tahun ia masih menjual kereta bawah RM100,000, jadi bagaimana hendak buat duit dengan menjual kereta bawah RM100,000? Kereta ini kena jual secara global, kalau jual dalam negara sahaja tidak cukup," katanya.
Menurut Johari lagi, Proton bukan lagi syarikat kerajaan dan ia dimiliki syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur.
Bagaimanapun jelasnya, kerajaan tetap mahu melihat Proton terus berkembang dan mampu berdiri di atas kaki sendiri.
"Sebab itu, kerajaan tidak boleh terus nak tolong sahaja Proton kerana kerajaan juga ada banyak komitmen lain, ada banyak lagi hal rakyat yang lain. Namun, dalam soal Proton ini, oleh sebab ia menyediakan peluang pekerjaan 10,000 direct dan 100,000 indirect, jadi kerajaan kena tengok bagaimana nak pastikan Proton atau DRB mendapat rakan strategik," ujarnya.
Tambahnya, jika Proton mampu bertahan hasil kerjasama rakan kongsi strategik berkenaan, maka syarikat itu akan terus maju dan menyediakan lebih banyak pekerjaan.
"Isu ini (dakwaan Proton dijual) orang tidak faham. Ada orang kata kita nak jual Proton, bukan, kita nak cari rakan kongsi strategik. Kita kongsi pengalaman, kepakaran untuk memastikan Proton menjadi satu-satunya kereta Asia di Rantau Asia," katanya.
Pada Isnin, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata Proton kini dalam proses mengenal pasti rakan kongsi strategik asing sesuai dan kenyataan mengenainya akan dibuat serentak dengan pengumuman gabungan kilang pengeluaran di Tanjung Malim, Perak dengan Shah Alam, Selangor.
Rahimah Abdullah
Tue Feb 21 2017
Datuk Seri Johari Abdul Ghani menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa Proton akan dijual - Gambar fail
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.7785/7815 berbanding dolar AS daripada 4.7680/7730 semasa ditutup pada Jumaat.
Malaysia sedia jadi hab pusat untuk Pejabat Keluarga di ASEAN
ASEAN semakin mendapat fokus daripada firma pejabat keluarga berikutan kestabilan ekonomi dan pertumbuhan di rantau ini.
LRT Pulau Pinang: Mobiliti, pemangkin pelancongan dan tidak ancam perkhidmatan feri
Pelaksanaan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang, dilihat sebagai pengangkutan alternatif penduduk negeri ini bagi mengatasi masalah trafik.
Jenama “Kuasa Tenaga Boleh Diperbaharui Asia” bakal lonjak Sarawak ke persada global - Abang Jo
Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak berpotensi menjadi hab inisiatif peralihan kepada penggunaan tenaga tanpa karbon ketika dunia bergerak ke arah -net-zero- menjelang 2050.
ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar
Usaha proaktif akan membolehkan Malaysia membentuk persekitaran yang aman dan inklusif dalam rantau ASEAN.
Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.