Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dan pakar ekonomi Tan Sri Dr Kamal Salih antara nama besar dalam bidang ekonomi negara yang disebut-sebut untuk membarisi Jawatankuasa Reformasi Ekonomi Negeri (SERC) dalam usaha kerajaan negeri mencari formula pemulihan ekonomi pasca-COVID-19.
Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohammad berkata anggota atau ahli yang akan berada dalam jawatankuasa itu akan terdiri daripada mereka yang mempunyai kepakaran serta latar belakang ekonomi dan industri sama ada di peringkat serantau atau global.
"Tan Sri Dr Zeti antara tokoh yang saya nampak boleh membantu terutamanya dalam usaha kita untuk membangunkan bank digital di negeri ini dan ini adalah penting. Beliau mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam sektor perbankan.
"Kita sudah mula menyenarai pendek nama-nama pakar, ramai dan banyak faktor yang saya pertimbangkan. Saya akan cuba mengehadkannya kepada satu jumlah yang dapat menghasilkan perbincangan yang terbaik untuk negeri Johor," katanya kepada Bernama dalam temu bual eksklusif di Saujana, kediaman rasmi Menteri Besar Johor, di sini, baru-baru ini.
Zeti, 73, merupakan tokoh terkemuka dalam bidang ekonomi dan berperanan penting dalam merangka pelan ekonomi pasca krisis kewangan Asia pada tahun 1998 dan menjadi Gabenor BNM dari Mei 2000 hingga April 2016.
Sementara itu, Kamal, 74, yang kini merupakan Pengerusi Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), pernah dilantik sebagai salah seorang anggota Panel Ekonomi Perdana Menteri pada 1981-1986.
Selain itu, Hasni berkata tokoh-tokoh korporat dari pelbagai sektor yang mempunyai pelaburan di Johor juga boleh membantu dalam memberikan input kepada jawatankuasa ini terutamanya dalam kerajaan negeri mencari pelan pemulihan pasca-COVID-19.
"Di Johor, kita ada pelaburan Petronas yang besar, tidak kurang juga tokoh-tokoh yang berjaya dalam industri minyak dan gas. Kita juga ada pelaburan daripada Khazanah Nasional yang cukup banyak di Johor.
"Antaranya Desaru Coast, Iskandar Malaysia dan pelaburan mereka mencakupi pelbagai sektor. Kepimpinan daripada Khazanah Nasional juga akan dapat membantu. Ini juga antara pertimbangan yang kita perlu berikan dalam merangka anggota dalam jawatankuasa itu," katanya.
Hasni berkata penubuhan jawatankuasa itu juga boleh disamakan seperti penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang ada di peringkat Persekutuan tetapi dengan cabaran yang lebih besar iaitu memulihkan ekonomi yang terjejas berikutan penularan wabak COVID-19 yang turut menjejaskan ekonomi global.
Pada 15 April lalu, kerajaan negeri mengumumkan penubuhan jawatankuasa itu dalam usaha untuk merancakkan kembali ekonomi Johor berikutan pandemik COVID-19.
Menurut Hasni, SERC akan merangka dan memberi syor berbentuk Pelan Reformasi Ekonomi kepada kerajaan negeri yang mengandungi polisi, prosedur dan hala tuju strategik yang bakal melihat pem-baharuan terhadap ekonomi Johor pasca-COVID-19.
"SERC mempunyai beberapa objektif antaranya memberi nasihat kepada kerajaan negeri berkenaan polisi, prosedur dan hala tuju strategik jangka masa pendek, sederhana dan panjang berkaitan ekonomi Johor," katanya.
Hasni yang akan bertindak sebagai Pengerusi SERC itu berkata jawatankuasa tersebut akan menasihati kerajaan negeri berhubung bidang ekonomi baharu, kerjasama serantau dan inisiatif berimpak tinggi bagi mewujudkan ekosistem ekonomi Johor yang lestari serta memberikan syor penambahbaikan bagi Pelan Pembangunan Mampan Johor 2030 dalam konteks pasca-COVID-19.
Antara perancangan awal dalam pelan reformasi ekonomi itu termasuklah penubuhan Bank Digital bagi memanfaatkan dan merancakkan ekonomi digital serta ekonomi masa depan negeri tersebut, sekali gus menjadikan Johor negeri pertama mempunyai bank digital sekiranya ia direalisasikan.
Menerusi laman web rasmi Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor, negeri itu merupakan negeri keempat tertinggi dari segi nilai sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nasional pada 2018.
KDNK Johor pada 2018 mencatatkan nilai RM130.5 bilion dengan menyumbang 9.6 peratus kepada KDNK nasional.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 26 2020
Dr Zeti disebut-sebut untuk membarisi SERC dalam usaha kerajaan negeri mencari formula pemulihan ekonomi pasca-COVID-19. - Gambar fail
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
1MDB: Penganalisis BNM nafi sekongkol dengan SPRM sedia laporan jejak wang ke akaun Najib
Peguam utama Najib menuduh penganalisis Bank Negara tidak bebas' dan bersekongkol dengan SPRM semasa membuat laporan mengenai jejak wang 1MDB.
Jejak wang 1MDB dalam akaun Najib selesai - Saksi
Penganalisis Pasukan Petugas Khas 1MDB membuat rumusan selepas selesai memberikan keterangan mengenai jejak wang 1MDB yang dipindahkan ke dua akaun peribadi Najib.
BNM dijangka kekalkan OPR sehingga akhir tahun
Bank Negara Malaysia dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus sehingga akhir tahun ini.
Ringgit tunjuk tanda kenaikan - Gabenor BNM
Ringgit susut sebanyak 5.8 peratus pada suku kedua 2023 namun meningkat sebanyak 1.1 peratus dalam tempoh suku ketiga setakat ini.
RHB Research jangka BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
RHB Research menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus dengan mengekalkan pendirian neutral dalam mesyuarat jawatankuasa dasar monetari pada 6 Ju
OPR naik bercanggah dengan strategi ekonomi kerajaan - SPCAAM
SPCAAM menyifatkan tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) adalah suatu perkara yang bercanggah dengan keseluruhan strategi ekonomi kerajaan.
OPR 3 peratus selari dengan pengukuhan ekonomi negara - Bank Negara
Bank Negara Malaysia (BNM) berkata kadar dasar semalaman (OPR) pada tiga peratus membawa kembali kadar faedah penanda aras itu ke paras sebelum krisis.
Malaysia tidak jangka kemelesetan pada 2023 - Gabenor BNM
Inflasi dijangka kekal tinggi tetapi Malaysia tidak menjangkakan kemelesetan pada 2023, sejajar dengan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.
Bank Negara dijangka sekali lagi naikkan OPR 25 mata asas bulan depan
Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas lagi pada November berikutan Indeks Harga Pengguna (IHP) teras yang kukuh dicatatkan pada September.
Bank Negara arah iPay88 tingkatkan kawalan keselamatan siber
Bank Negara Malaysia mengarahkan penyedia perkhidmatan gerbang pembayaran iPay88 (M) Sdn Bhd untuk melaksanakan langkah-langkah tambahan bagi mengukuhkan lagi kawalan keselamatan siber.