Harga minyak mentah meningkat pada awal dagangan Selasa susulan ikrar Organisasi Negara Pengeksport Minyak (OPEC) untuk terus memotong pengeluaran minyak.

Rundingan perjanjian dagangan 90 hari dua gergasi ekonomi dunia, Amerika Syarikat dan China terus menyokong pasaran.

Harga minyak mentah Brent yang menjadi pengukur harga kebanyakan negara di dunia, menokok empat peratus.

OPEC dijangka bertemu di Vienna, Austria 6 Disember ini bagi mencapai perjanjian pemotongan pengeluaran seterusnya.

Pertemuan dijangka membincanghkan dasar berkaitan pengeluar gergasi bukan OPEC, Rusia.

Dalam pada itu, OPEC masih lagi belum memberikan maklum balas susulan pengumuman Qatar untuk menarik diri dari organisasi itu.

Qatar akan memberi tumpuan kepada pengeluaran gas asli selepas ia berdepan ketegangan politik bersama negara serantau yang diketuai Arab Saudi.