Zelan Bhd berjaya mengurangkan kerugian sebelum cukai dialaminya kepada RM64.84 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2017 berbanding RM67.06 juta pada 2016.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Zelan berkata perolehannya merosot secara ketara sebanyak 68.1 peratus kepada RM71.07 juta berbanding RM222.79 juta sebelum ini apabila tiga projek utama kini siap.
Menurut syarikat itu, hasil lebih rendah itu berikutan siapnya projek Bukit Bintang City Centre, kemudahan Jeti Pemunggahan Barangan dan projek Universiti Islam Antarabangsa Malaysia serta fasa utama projek Jambatan Angkat atau 'Drawbridge.'
Kekurangan itu bagaimanapun dapat ditampung oleh Pakej CB2 projek baharu Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) yang diperoleh syarikat itu pada Ogos 2016.
Bagi suku keempat berakhir 31 Dis, 2017, kerugian sebelum cukainya meningkat kepada RM59.34 juta daripada kerugian sebelum cukai RM39.74 juta manakala perolehan pula berkurangan kepada RM17.38 juta berbanding RM65.11 juta.
Bagi kemajuan masa depan, Zelan berkata ia akan terus melaksanakan usaha termasuk membida projek-projek pembinaan, melaksanakan strategi bagi mengawal kos serta pengurusan perniagaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 19 2018
Bagi kemajuan masa depan, Zelan akan terus melaksanakan usaha termasuk membida projek-projek pembinaan, melaksanakan strategi bagi mengawal kos serta pengurusan perniagaan.
Mercun, bunga api bernilai RM854,000 dirampas
Polis merampas 427 kotak mengandungi pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM854,000 dalam satu serbuan di sebuah gudang di kawasan perindustrian Taman Scientex Senai di Kulai, Ahad lepas.
Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama tekankan tanggungjawab, peranan pemimpin
Fahmi menyifatkan persidangan itu sebagai satu acara terbaik dalam menekankan tanggungjawab dan peranan ketua agama terhadap masyarakat.
Ubah stigma negatif terhadap penagih dadah - Wan Azizah
Stigma negatif terhadap penagih dadah perlu diubah bagi membolehkan golongan itu tampil mendapatkan rawatan dan bantuan profesional untuk pulih daripada penagihan.
Dron "GAZA" buatan Iran jadi tumpuan di DSA
Replika dron buatan Iran, Shahed-149, mencuri tumpuan pengunjung di Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024.
Pasaran getah ditutup tinggi, jejaki pasaran serantau
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi pada Selasa, disokong oleh aliran menaik dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Indonesia transformasi sektor teknologi, kurangkan pergantungan kepada pasaran luar
Joko Widodo sedang mendorong transformasi dalam sektor teknologi negara dalam mengubah statusnya daripada sebuah negara pengguna kepada pengeluar.
KPDN Selangor tahan dua warga asing disyaki terlibat sindiket seleweng diesel
KPDN Selangor menahan dua lelaki warga asing yang dipercayai terlibat sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan di sebuah premis di sekitar Klang pada 11.30 pagi semalam.
Jangan abaikan suara wanita dalam proses keamanan dan keselamatan - Noraini
Pandangan dan suara wanita tidak seharusnya diabaikan dalam membuat keputusan berkaitan kemananan dan keselamatan.
Keputusan Najib berkaitan pelaburan syarikat tidak harus dipersoal - Bekas pengarah SRC
Najib juga adalah pemegang saham tunggal SRC International dan penasihat emeritus syarikat itu pada masa yang material.
Bursa Malaysia teruskan lonjakan hari keempat, ditutup lepasi paras utama 1,600
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.52 peratus atau 8.29 mata kepada 1,605.68 berbanding 1,597.39 ketika ditutup pada Isnin.
Kerugian sebelum cukai Zelan susut kepada RM64.84 juta
Zelan berkata perolehannya merosot secara ketara sebanyak 68.1 peratus kepada RM71.07 juta berbanding RM222.79 juta sebelum ini apabila tiga projek utama kini siap.