Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif memadamkan kenaikan sebelumnya untuk ditutup rendah hari ini susulan berita bahawa India merancang untuk melarang import minyak sawit daripada Malaysia, kata peniaga David Ng.
"Berita itu memberikan kesan negatif terhadap permintaan India bagi minyak sawit Malaysia, sekali gus menekan harga turun lebih rendah dan stok meningkat, terutamanya semasa tempoh belian penting menjelang sambutan Deepavali," katanya kepada Bernama.
Berita itu tersebar selepas satu sumber berkata kerajaan India kecewa dengan Malaysia selepas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada bulan lepas bahawa India telah 'menceroboh dan menduduki' Jammu dan Kashmir dan meminta New Delhi berbincang dengan Pakistan untuk menyelesaikan isu itu.
India, yang mengimport kira-kira 150,000 tan sebulan, ialah pembeli kedua terbesar minyak sawit Malaysia.
Berita bahawa mahkamah perlembagaan Perancis hari ini mengekalkan undang-undang untuk mengeluarkan minyak sawit daripada skim bahan api bio akan memberi tekanan selanjutnya terhadap harga dan permintaannya di masa depan.
Mahkamah menolak rayuan dikemukakan syarikat tenaga Total TOTF.PA, yang menyatakan langkah itu merisikokan tapak pengeluarannya di selatan Perancis.
Undang-undang itu akan memgeluarkan minyak sawit daripada senarai bahan api bio yang dibenarkan mulai Januari 2020 dan memansuhkan keistimewaan cukai berkaitan.
Ng berkata paras sokongan bagi MSM dikesan pada RM2,100 satu tan dan paras rintangan pada RM2,230 satu tan.
Semasa urus niaga ditutup, kontrak niaga hadapan MSM bagi Oktober 2019 dan November 2019 masing-masing turun RM17 kepada RM2,118 dan RM2,149 satu tan, Disember 2019 jatuh RM16 kepada RM2,185 satu tan dan Januari 2020 susut RM11 kepada RM2,233 satu tan.
Jumlah dagangan meningkat kepada 37,559 lot daripada 31,353 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka naik kepada 226,076 kontrak daripada 218,637 kontrak sebelumnya.
Di pasaran fizikal, Oktober Selatan kekal tidak berubah pada RM2,130 satu tan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 11 2019
India merancang untuk melarang import minyak sawit daripada Malaysia, kata peniaga David Ng. - Gambar hiasan
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
Bursa Malaysia ditutup rendah selepas kenaikan enam hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.23 mata kepada 1,569.25 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh dua tahun
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 777 berbanding 327 manakala 480 kaunter tidak berubah, 780 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.
Gadang rayu EPU ketepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi pengambilan tanah Kwasa Damansara
Gadang Holdings Bhd berkata ia akan merayu kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengenepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi memudahkan pemilikan tanah seluas 21.08 ekar di Kwasa Damansara.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang menggalakkan berikutan keyakinan didorong oleh pendapatan korporat yang kukuh.
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.05 mata kepada 1,561.64 daripada 1,559.59 pada Isnin.
Bursa Malaysia teruskan kenaikan pada sesi awal, jejak prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata kepada 1,563.93 daripada paras 1,559.59 di akhir dagangan semalam.
Pembelian ekuiti oleh institusi tempatan cecah paras tertinggi enam tahun minggu lepas
Pembelian bersih oleh institusi tempatan di Bursa Malaysia mencecah paras tertinggi enam tahun minggu lepas, berjumlah RM1.79 bilion.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.25 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 9.73 mata kepada 1,557.30 daripada 1,547.57 pada Jumaat lepas. Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi satu mata kepada 1,548.57.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.