Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah membeli 1.5491 juta saham Mah Sing Group Bhd, menjadikan jumlah pegangan sahamnya kepada 10 peratus.

Mah Sing adalah antara pemaju paling aktif di Malaysia dengan portfolio sebanyak 46 projek, 11 daripadanya sudah siap.

Baki 35 projek masih dalam pelbagai peringkat perancangan, peringkat awal, pertumbuhan dan kematangan, kata Mah Sing dalam satu kenyataan di sini.

Mah sing mencatat pulangan tinggi ke atas ekuiti sebanyak 15 peratus untuk purata lima tahun dan 36 peratus kadar gabungan pertumbuhan tahunan dalam pendapatan hartanah.

Kumpulan itu mempunyai baki nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM26.4 bilion.

Jumlah ini bersama jualan belum dibil RM4.8 billion serta baki jumlah GDV dan jualan belum dibil RM31.2 bilion, memberikan jangkaan pertumbuhan serta pendapatan untuk sekurang-kurangnya enam hingga lapan tahun akan datang.