Malaysia dan China menandatangani 14 Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan pertahanan, ekonomi, pertanian, pendidikan, kewangan dan sektor pembinaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatannya Li Keqiang menyaksikan majlis menandatangani perjanjian itu selepas mempengerusikan bersama mesyuarat dua hala antara Malaysia dan China di Great Hall of the People di sini Selasa.
Mesyuarat dua hala itu turut disertai Perutusan Khas Perdana Menteri ke China Tan Sri Ong Ka Ting, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Kiong.
Hadir sama ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahadzir Khalid;
Menteri Kerajaan Tempatan Sarawak Prof Dr Sim Kui Hian, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron serta pegawai tinggi kerajaan.
Hishammuddin menandatangani MoU berkaitan pembaharuan Kerjasama Pertahanan Dua Hala bersama Menteri Pertahanan China Jeneral Chang Wanquan, manakala Ahmad Shabery pula menandatangani MoU mengenai Kerjasama Pertanian bersama Menteri Pertanian China Zhi Suhping.
Ahmad Shabery dan Zhi turut menandatangani Protokol antara Pentadbiran Am dalam Penyeliaan Kualiti, Pemeriksaan dan Kuarantin Republik Rakyat China dan Kementerian Pertanian Malaysia berhubung Keperluan Pemeriksaan, Kuarantin dan Kebersihan Veterinar untuk Mengeksport Sarang Burung Mentah.
Antara perjanjian lain yang ditandatangani adalah pembaharuan semula MoU mengenai Kerjasama Pendidikan antara Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dan rakan sejawatannya dari China, Chen Baosheng.
Ketua Setiausaha Perbendaharan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah turut menandatangani Perjanjian Rangka Kerja Kewangan antara Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRLSB) dengan Export-Import Bank of China (EXIM), yang diwakili Naib Presidennya, Yuan Xinyong.
Terdahulu, Najib menerima kunjungan hormat Pengerusi National People's Congress (NPC) Zhang Dejiang di Great Hall of the People sebelum diberi sambutan rasmi dalam upacara yang berlangsung di perkarangan kawasan itu.
Jalur Gemilang dan bendera negara China turut berkibar megah.
Lagu kebangsaan kedua-dua negara, Negaraku dan March of the Volunteers, bergema di udara sebaik sahaja Najib serta Li menaiki pentas khas untuk menerima tabik hormat terdiri daripada anggota Chinese People's Liberation Army, dengan diiringi tembakan meriam 19 das. -- Bernama
Bernama
Tue Nov 01 2016
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatannya Li Keqiang menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara Malaysia dan China. - Foto Bernama
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Perkasa pembangunan Wilayah Persekutuan Labuan - Anifah
Usaha membangunkan Wilayah Persekutuan Labuan perlu diperkasakan dan melalui proses transformasi supaya wilayah itu berada pada landasan tepat bagi menuju era digitalisasi.
Anifah Aman kecewa masalah air Labuan berlarutan, sukar tarik pelabur
Dewan Rakyat pada 13 Oktober lepas meluluskan RUU bagi meminda Akta SPAN 2006, bertujuan memperkemas tadbir urus dan memperkukuh SPAN.
Bekas Menteri Luar Anifah Aman dilantik Pengerusi Perbadanan Labuan
Bekas Menteri Luar Senator Tan Sri Anifah Aman telah dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan (LC) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 19 Jun 2023.
Kerjasama kunci utama pamerkan potensi Asia - Anifah Aman
Kerjasama yang ikhlas dan bermakna merupakan kunci untuk mengungkap potensi besar Asia dan akan membolehkan terwujudnya aturan dunia multipolar.
Pelantikan Anifah sebagai Senator akan tingkatkan ekonomi Labuan - LCC
Dewan Perdagangan Labuan (LCC) berharap Senator Datuk Seri Anifah Aman yang baru dilantik dapat membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi pulau bebas cukai itu.
16 senator angkat sumpah Ahli Dewan Negara
Mereka ialah ADUN Kedah Abdul Nasir Idris, Setiausaha PAS Kedah Musoddak Ahmad, Dr A. Lingeshwaran, Amir Ghazali dan Presiden PCS Datuk Seri Anifah Aman.
Utamakan segera pelaksanaan Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan - Anifah Aman
Parti Cinta Sabah menggesa Kerajaan Pusat dan Kerajaan Sabah untuk mengutamakan pelaksanaan Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.
PRU15: "Saya tidak tahu perjanjian dengan Anifah" - Ismail Sabri
Perdana Menteri jawab dakwaan Anifah ditawar jawatan menteri oleh Presiden UMNO sekiranya BN tubuh kerajaan selepas PRU15.
PRU15: Anifah akan bantu kempen PH di Ranau - Anwar
Anifah akan membantu calon PH di Ranau yang diwakili oleh Apirin Jahalan @ Taufik Sham.
PRU15: Pertembungan dengan Daud Yusof ibarat 'rematch' - Mohamad Alamin
Mohamad menang PRK Kimanis pada Januari 2020 dengan majoriti lebih 2,000 undi menewaskan calon Warisan, Datuk Karim Bujang.