Lembaga Tabung Haji (TH) perlu melakukan penilaian teliti berhubung penjualan tanah milik lembaga itu di Tun Razak Exchange (TRX), di sini berikutan potensi tanah tersebut yang bernilai tinggi.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata penilaian turut dilakukan bagi memastikan keterlibatan umat Islam secara berkumpulan dalam pembangunan ekonomi tanah berkenaan selepas penjualan itu.
"Tabung Haji telah menerima tawaran pembelian dan masih dalam peringkat perbincangan dengan pihak-pihak berkenaan," katanya semasa menggulung perbahasan usul Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) di Dewan Negara di sini hari ini.
Berkenaan cadangan beberapa pihak yang meminta Tabung Haji mengkaji semula cadangan penjualan semula tanah itu, Jamil Khir berkata keputusan muktamad mengenai cadangan itu akan dirujuk kembali kepada anggota lembaga pengarah Tabung Haji.
Beliau menegaskan, Tabung Haji sentiasa berusaha memastikan setiap pelaburan syarikat itu patuh Syariah dan memperoleh keuntungan kompetitif demi kepentingan pendeposit.
Dalam pada itu, Jamil Khir berkata Tabung Haji dianggar membelanjakan sejumlah RM370 juta bagi pengurusan operasi ibadah haji seramai 22,320 jemaah bagi tahun ini.
Katanya, Tabung Haji juga turut mengekalkan kos bayaran haji sebanyak RM9,980 selama tujuh tahun berturut-turut sejak 2009 walaupun kos untuk menunaikan ibadat itu meningkat setiap tahun.
"Walaupun kos sebenar meningkat setiap tahun, di mana tahun ini kos sebenar yang sepatutnya ditanggung setiap jemaah ialah sebanyak RM17,270 tetapi perbezaan RM7,290 ditanggung oleh Tabung Haji," katanya.
Sementara itu, persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan usul RMK11 tanpa sebarang pindaan.
Usul itu yang mengandungi rancangan pembangunan lima tahun negara telah dibahaskan selama empat hari bermula 22 Jun lepas sebelum sesi penggulungan oleh kementerian berlangsung selama dua hari bermula semalam.
Usul RMK11, yang memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM260 bilion, merupakan langkah transformasi terakhir dalam menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020, dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 21 Mei lepas. Persidangan Dewan bersambung esok.
Bernama
Tue Jun 30 2015
JAMIL: Tabung Haji telah menerima tawaran pembelian dan masih dalam peringkat perbincangan dengan pihak-pihak berkenaan. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Anak MB Perlis, empat lain dilepas dengan jaminan SPRM
Anak lelaki Menteri Besar Perlis yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sejak Rabu, dilepaskan dengan jaminan SPRM, hari ini bersama empat individu lain.
Rasuah jenayah bersifat unik - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media.
Media arus perdana masih sumber paling dipercayai - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menasihatkan masyarakat tidak menjadikan berita di media sosial khususnya berkaitan siasatan dijalankan agensi penguatkuasaan sebagai sumber utama yang boleh dipercayai.
Mirzan, Mokhzani diberi lanjutan 30 hari oleh SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tempoh lanjutan 30 hari bagi kedua-dua anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan aset masing-masing kepada pihaknya. Ini bermakna kedua-dua Tan Sri Mokhzani dan Mirzan perlu mengemukakan maklumat berkenaan aset yang dikumpul selama 43 tahun sejak tahun bapa mereka menjawat jawatan Perdana Menteri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Imigresen Perak gempur 9 premis, tahan 38 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 38 warga asing dalam serbuan ke atas sembilan premis perniagaan di sekitar daerah Kinta dan Batang Padang semalam.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Rayuan Najib: Tiada bukti dana RM42 juta datang dari Raja Abdullah - Sithambaram
Sithambaram berkata, percanggahan fakta dalam keterangan tiga saksi penting, menyebabkan ada keraguan dalam isu derma politik Arab Saudi itu
Kes SRC: Najib mohon derma daripada Arab Saudi, bukan ditawar - Jamil Khir
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Kerajaan Malaysia melalui Datuk Seri Najib Tun Razak memohon sumbangan derma daripada Arab Saudi, dan bukan ditawarkan oleh negara berkenaan.
'Ludah dan jilat balik' hanya berlaku dalam Pakatan Harapan - Sohaimi
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan menyifatkan Pakatan Harapan cuba menanam politik kebencian terutama apabila wujudnya pertembungan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Mahkamah Khas Perkahwinan, Hadhanah dan Nafkah mula operasi
Mahkamah Khas Perkahwinan, Hadhanah dan Nafkah ditubuh secara rasmi di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di ibu negara.
Inilah tempat 'berteduh' untuk mualaf
Ada antara mualaf yang dibuang keluarga malah ada yang kehilangan pekerjaan.
LTSAH dinaik taraf sebagai lapangan terbang antarabangsa - PM Najib
Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) akan dinaik taraf menjadi sebuah lapangan terbang antarabangsa dalam tempoh lima tahun akan datang.
Suruhanjaya Pendidikan Malaysia pastikan dasar pendidikan dipatuhi - TPM Ahmad Zahid
Pengwujudan Suruhanjaya Pendidikan Malaysia akan memastikan kepatuhan semua pihak dalam dasar pendidikan negara.
"Adatlah iman naik dan turun" - Komen Safiey Illias selepas dikecam kembali 'wanita'
Selepas lebih kurang dua minggu kembali dengan imej wanita, pengasas kosmetik Safiey Illias akhirnya tampil memberi penjelasan.
Zamihan pakar pulihkan tahanan militan - TPM Ahmad Zahid
Pegawai kader Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Zamihan Mat Zin merupakan aset penting dan pakar dalam memulihkan tahanan yang menyokong kegiatan militan.
GoUmrah.travel beri kebebasan jemaah buat tempahan
GoUmrah.travel menjadi portal tempahan pilihan pakej umrah yang memberi kebebasan bakal jemaah membuat jadual sendiri tidak mengikut pakej agensi seperti kebiasaaannya.