awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Adatlah iman naik dan turun" - Komen Safiey Illias selepas dikecam kembali 'wanita'

Gempak
Gempak
27/12/2017
08:00 MYT
"Adatlah iman naik dan turun" - Komen Safiey Illias selepas dikecam kembali 'wanita'
Jutawan muda berusia 23 tahun itu menafikan yang dia mahu mempersenda agama atau menjadi penunggang agama, tetapi sudah menjadi adat iman seseorang itu ada kalanya turun dan naik.- Foto: Instagram Safiey Ilias
SELEPAS lebih kurang dua minggu kembali dengan imej wanita, pengasas kosmetik Safiey Illias akhirnya tampil memberi penjelasan.
Safiey menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya meluahkan rasa tidak puas hati dengan komen-komen negatif yang dilemparkan.
Jutawan muda berusia 23 tahun itu menafikan yang dia mahu mempersenda agama atau menjadi penunggang agama, tetapi sudah menjadi adat iman seseorang itu ada kalanya turun dan naik.
Menurutnya, lebih baik orang ramai bercakap dan doa yang baik-baik sahaja buatnya daripada berkata buruk.
BACA: Jangan samakan muka saya dengan 'mak nyah' lain - Safiey
BACA: Pantau aktiviti 'mak nyah' dan pondan, contohi pendirian Safiey Ilias - Jamil Khir
BACA: 'Saya bazir banyak masa di jalan maksiat, sekarang saya nak tebus' - Safiey Ilias
Safiey akui ketika dia menjadi 'maknyah' dahulu, tiada siapa yang mahu mendekatinya tetapi selepas dia berubah dan berhijrah terdapat ramai yang mahu berkawan dengannya dan tidak kurang yang mahu menumpang nama dan popularitinya.
Pesan Safiey, jangan terus melabel seseorang itu dengan pelbagai andaian kerana kita tidak tahu apa yang mereka lalui.
Safiey turut bersedih apabila rakan yang pernah diberi ilmu perniagaan dan dibantu dengan bermacam-macam turut berkata buruk tentangnya.
Bagaimanapun diakhir tulisannya, Safiey mengingatkan semua agar menunggu tarikh 31 Disember ini kerana seperti ada sesuatu yang bakal diumumkan.
Sejak dua minggu lalu, Safiey telah tampil dengan imej wanita yang seksi dan 'daring'.
Malah dia juga dilihat sering bersama seorang jejaka yang dikatakan ‘kekasih’ barunya.
Tidak kurang juga, menerusi foto yang dimuat naik di IG, dia seperti pergi ke tempat pembedahan plastik payudara.
Rata-rata pengikut IGnya menasihatkannya serta mendoakannya supaya kembali ke pangkal jalan.
Foto: Instagram Safiey Ilias
Topic Berkaitan
#agama
#Instagram
#Jamil Khir
#Jutawan
#kosmetik
#mak nyah
#Safiey Illias
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan