Permintaan bagi hartanah mewah masih kukuh, terutamanya di Lembah Klang, kata Ketua Pegawai Operasi Pembangunan UEM Sunrise Bhd, Datuk Roslan Ibrahim.
Beliau berkata ini berdasarkan kadar pembelian yang tinggi bagi projek kediamannya yang terkini, Residensi Solaris Parq di Dutamas di sini, iaitu sebanyak 80 peratus sehingga akhir November 2017.
"Kami mencapai kadar pembelian tersebut dalam tempoh kurang dua bulan, mengatasi sasaran awal kami iaitu lebih rendah daripada 80 peratus," katanya kepada pemberita selepas lawatan media bagi unit pameran projek tersebut di sini hari ini.
Roslan berkata lebihan penawaran unit kediaman mewah bukan satu isu walaupun keadaan pasaran hartanah lembap di negara ini.
"Lokasi memainkan peranan penting, selain pasaran sasaran. Bagi Residensi Solaris Parq, kami menyasarkan pembeli asing, belia dan pesara yang ingin mencari rumah lebih kecil selepas anak-anak mereka berpindah," katanya.
Projek tersebut, dijadualkan siap pada 2022, merupakan sebahagian daripada projek pembangunan bercampur UEM Sunrise dan mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM755 juta.
Roslan berkata syarikat akan mendapatkan maklum balas pelanggan sebelum meneruskan dengan fasa seterusnya projek pembangunan bercampur.
"Kami sentiasa bertanya kepada pelanggan kami apa yang mereka mahukan sebelum kami meneruskan dengan pembinaan sebarang projek baharu," katanya.
Sementara itu, sebuah firma penyelidikan melaporkan UEM Sunrise dijangka mencapai sasaran jualannya sebanyak RM1.2 bilion bagi tahun kewangan 2017, selepas mencatatkan tempahan hartanah sebanyak RM851.2 juta.
Katanya UEM Sunrise telah melancarkan projek bernilai RM1.9 bilion, mengatasi sasaran 2017 sebanyak RM1.7 bilion.
"Kira-kira 80 peratus daripada 575 unit Solaris Parq Residences, dilancarkan pada purata harga jualan RM1,100 setiap kaki persegi, telah dijual, yang boleh menyumbang RM600 juta kepada jualan baharu.
"Baki simpanan tanah syarikat kira-kira 5,260 hektar, dengan GDV dianggarkan melebihi RM100 bilion," menurut laporan itu. -- Bernama
Bernama
Thu Dec 07 2017
Roslan berkata, kadar pembelian projek Residensi Solaris Parq di Dutamas di Kuala Lumpur cecah 80 peratus dalam masa kurang dua bulan. - solarisparq.com/Lakaran artis
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Industri hartanah mampu serap kenaikan OPR jika ia berlaku - Rehda
Katanya, impak OPR mungkin tidak dirasai kerana kadar penanda aras telah diselaraskan kepada 3.0 peratus, daripada 1.75 peratus sebelum ini.
UEM Sunrise, EcoWorld fail permohonan bergabung - Laporan Bursa
Khazanah Nasional akan menjadi pemegang saham terbesar bagi kedua-dua syarikat ini selepas penggabungan, melalui pegangan saham mereka dalam syarikat UEM Group.
Permintaan bagi hartanah mewah masih kukuh - UEM Sunrise
Contohnya, kadar pembelian projek Residensi Solaris Parq di Dutamas di Kuala Lumpur cecah 80 peratus dalam masa kurang dua bulan.