Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton), terus mengekalkan pertumbuhan prestasi jualannya yang kukuh setakat ini, tahun ini.
Sehingga 30 Nov 2017, Proton menjual 66,190 unit kenderaan atau pertumbuhan dua peratus berbanding 65,069 pada tempoh yang sama tahun lepas, didorong oleh model Saga dan Persona.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, pengeluar kereta nasional itu berkata, kedua-dua model berkenaan terus menerajui model syarikat lain, masing-masing sebanyak 28,368 dan 18,113 unit, yang dijual setiap tahun, menjadikan 70 peratus daripada jumlah jualan kereta Proton.
Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Proton Abdul Rashid Musa berkata ia merupakan satu perjalanan yang mencabar buat syarikat itu sejak lima tahun lepas, dengan pertumbuhan yang mantap sejak Januari hingga November 2017, merupakan pencapaian positif bagi Proton.
"Kami akan terus berusaha lebih gigih untuk beberapa bulan akan datang, dan berharap pelanggan akan memanfaatkan tawaran hebat akhir tahun untuk kereta Proton," katanya.
Beliau berkata pertumbuhan dilihat berdasarkan penambahbaikan kualiti semasa yang sedang dilaksanakan di peringkat dalaman.
"Bersama rakan kongsi kami, Proton telah meningkatkan proses penambahbaikan kualiti dan usaha, menerusi perkongsian ilmu serta kemahiran luar biasa, selain peluang untuk pasukan tempatan dilatih di Zhejiang Geely Holding Group Co Lt di China.
"Kemajuan semakin positif memandangkan Proton sudah pun memiliki produk yang baik dan tahan lasak. Kami akan terus berusaha memperbaiki lagi kereta dan berharap dapat melakukan yang terbaik dalam meningkatkan kepuasan pelanggan," katanya.
Proton berkata kebolehpercayaan dan ketahanan kereta-keretanya diuji dalam perlumbaan sembilan jam di Sepang, 1,000 km 2017, bulan lepas dengan kereta Proton menjadi pemenang keseluruhan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 05 2017
Proton terus mengekalkan pertumbuhan prestasi jualannya yang kukuh setakat ini. - Gambar fail
PM Anwar hulur sumbangan kepada Daddy Rock
Perdana Menteri berkata Shahrol Asikin yang mengalami masalah komplikasi jantung akan menjalani prosedur pembedahan jantung bulan depan.
Larian hari pertama obor Olimpik di Perancis selesai, Drogba nyalakan kawah
Basile Boli menjadi pembawa obor pertama, memulakan larian dari Basilika Notre-Dame de la Garde yang ikonik.
Mahkamah Agung India bebaskan Ketua Menteri Delhi dengan jaminan sementara
Kejriwal ditahan Direktorat Penguatkuasaan pada 21 Mac berkaitan siasatan rasuah yang melibatkan dasar penjualan alkohol di Delhi.
PM Anwar seru Sime Darby Plantation jadi pelopor kurangkan kebergantungan buruh asing
Anwar berkata pendekatan dan kemajuan teknologi yang digunakan Sime Darby Plantation, disasarkan menjadi contoh kepada pekebun-pekebun kecil.
AirAsia terus sokong inisiatif FLYsiswa, permohonan baucar kini dibuka
Pelajar kini punya akses ke 47 laluan di seluruh rangkaian domestik AirAsia, menghubungkan Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dapat tarik FDI daripada syarikat multinasional - Maybank IB
Johor mempunyai tenaga buruh yang kompetitif, tanah yang banyak dan sumber tenaga yang lebih murah.
UTM optimis pacu teknologi AI negara, lahir tenaga mahir
Inisiatif kolaboratif dengan institusi akademik lain dikenali sebagai Konsortium AI Malaysia turut diperkenal.
337 stesen pemancar 5G beroperasi di Pahang
Baki 24 struktur disasarkan untuk disiapkan menjelang penghujung suku kedua tahun ini sekali gus menepati sasaran liputan 5G di kawasan berpenduduk.
Dua dokumentari warisan Malaysia disenarai dalam MOWCAP
Dua dokumentari itu ialah At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah: Genealogical History of Kedah State dan The Royal Correspondence of Baginda Omar.
Ibu bapa berperanan penting dalam tumbesaran kanak-kanak
Beliau berkata pelbagai masalah mungkin timbul, sekiranya kanak-kanak tidak mendapat perhatian yang cukup daripada ibu bapa.
Pelajar 14 tahun maut nahas dua kenderaan
Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
3 rumah, dua kereta musnah dijilat api di Sungai Siput
Kebakaran itu turut membabitkan dua buah kereta yang musnah 90 peratus.
Perodua setuju beli semula kereta dengan harga penuh - Pemilik Bezza
Perodua juga menawarkan kepadanya untuk membeli kereta kedua dengan kadar pinjaman sama atau menolak tawaran berkenaan dan membeli yang lain.
Rumah, kereta, tiga motosikal musnah dijilat api
Pihak JBPM Perak menerima panggilan berhubung kejadian kebakaran di Kampung Selat Pulau itu pada jam 1.57 pagi.
Dua maut termasuk kanak-kanak, 11 cedera, nahas dua kenderaan
Mangsa yang maut merupakan seorang lelaki yang memandu kereta dan seorang kanak-kanak lelaki.
Bomba selamatkan kanak-kanak empat tahun terperangkap dalam kereta
Anggota bertindak membuka kereta tersebut menggunakan peralatan khas sehingga berjaya.
Kanak-kanak lima tahun maut, 4 lagi parah
Kanak-kanak tersebut maut di lokasi dipercayai mengalami kecederaan parah.
8 cedera, 7 selamat nahas 9 kenderaan di lebuh raya
Dipercayai kemalangan yang membabitkan sembilan kenderaan itu berlanggar dari arah belakang, bagaimanapun tiada mangsa tersepit.
Jualan kereta Honda melonjak 51 peratus kepada 80,200 unit pada 2022
City, City Hatchback dan HR-V merupakan tiga model utama yang paling laris.
Rumah, kereta musnah terbakar di Hutan Melintang
Kebakaran membabitkan sebuah rumah kelas B berkeluasan 40x40 terbakar sebanyak 65 peratus, sebuah kereta turut musnah terbakar 80 peratus.