Ringgit meneruskan momentum positif hari ini apabila dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam menghadapi pengukuhan harga minyak.

Pada 9 pagi, ringgit didagangkan pada 4.0940/0970 berbanding dolar AS daripada 4.0980/1020 pada penutup semalam.

Seorang peniaga berkata, pengukuhan ringgit berikutan komen yang diberikan Pengerusi Rezab Persekutuan Amerika Syarikat Jumaat lalu yang mana dilihat kurang dalam menaikkan kadar faedah.

Pada 9 pagi, penanda aras minyak mentah Brent mencatatkan AS$76.79 setong.

Sementara itu, ringgit didagangkan kebanyakan rendah berbanding beberapa mata wang.

Ia susut berbanding pound British kepada 5.2776/2823 daripada 5.2622/2694 semalam, susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0050/3.0076 daripada 2.9998/0038 dan susut berbanding euro pada 4.7851/7902 daripada 4.7606/7657.

Ringgit meningkat berbanding yen pada 3.6800/6837 daripada 3.6876/6922 . -- Bernama