Telekom Malaysia berkata kerja-kerja pembaikan kabel dasar laut bagi sambungan internet ke Amerika Syarikat hanya akan bermula 25 Mac 2016 dan siap 31 Mac 2016.

Dalam satu kenyataan, ia berkata kerja-kerja itu bergantung kepada faktor cuaca dan isu-isu di luar jangkaan yang berkemungkinan menghalang kerja pembetulan.

TM berkata masalah tercetus akibat permasalahan dalam sistem Asia Submarine Cable Express ASE di luar pesisir Singapura.

ASE merangkumi enam kabel dengan dua dimiliki TM.

Dua kabel itu ialah Cahaya Malaysia, kabel yang menghubungkan Malaysia ke Asia Utara dan Amerika Syarikat

TM juga berkata ia sudah mengambil langkah proaktif dengan mengoptimumkan rangkaian dan mengurangkan kesesakan dan menukar laluan trafik ke laluan alternatif.

Pengguna katanya bakal mengalami gangguan internet perlahan apabila mengakses laman web antarabangsa yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Asia Utara dan Eropah.