awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Internet pantas di kawasan Felda bantu peneroka pasar produk - Ahmad Shabery

Bernama
Bernama
11/07/2023
22:30 MYT
Internet pantas di kawasan Felda bantu peneroka pasar produk - Ahmad Shabery
MCMC dilaporkan komited untuk memperbaiki perkhidmatan Internet di kawasan Felda bagi memastikan kesalinghubungan digital di kawasan berkenaan ditingkatkan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan internet pantas atau capaian rangkaian 5G di kawasan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan membantu peneroka memasarkan produk mereka, kata Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Beliau berkata dengan perkhidmatan internet pantas dapat meningkatkan ekonomi digital seperti membantu peneroka memasarkan produk dalam dan luar negara serta turut terlibat dalam e-dagang.
"Internet merupakan perkara yang sangat penting. Kalau kita hendak memajukan Felda pada masa akan datang, internet itu harus kuat (pantas)," katanya dalam program Ruang Bicara bertajuk 'Transformasi Felda Memakmurkan Peneroka' terbitan Bernama TV, malam tadi.
Bagi tujuan itu, beliau turut melakukan lawatan ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada Khamis lalu bagi membawa agenda mentransformasi Felda.
"Saya nak beritahu mesejnya ialah saya tidak mulakan dengan lawatan ke ladang kelapa sawit atau ladang getah dan sebagainya, walaupun lawatan seperti itu merupakan sebati dengan masyarakat peneroka, tetapi masa depan bagi Felda ialah internet serta ia khusus untuk anak-anak Felda generasi 5.0," katanya.
Media sebelum ini melaporkan MCMC komited untuk memperbaiki perkhidmatan Internet di kawasan Felda bagi memastikan kesalinghubungan digital di kawasan berkenaan ditingkatkan.
Bagi menjadikan sektor perladangan lebih efisien, Ahmad Shabery berkata kekuatan internet juga akan menyumbang kepada kegunaan teknologi baharu.
"Suatu masa nanti setiap pokok ada sensor dan peneroka dapat mengetahui berapa banyak tan yang boleh diproses dalam 'masa nyata'. Ini yang kita dapat fikirkan untuk pasaran masa depan negara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Felda
#Internet
#Ahmad Shabery Cheek
#peneroka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan