Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia, Tony Fernandes dipilih sebagai CEO Terbaik Tahunan syarikat penerbangan oleh Centre For Aviation (CAPA), kejayaan kali ketiga berturut-turut.
Mengulas anugerah itu, Fernandes berkata AirAsia sudah melalui perjalanan yang jauh sejak kali pertama beliau memenangi anugerah itu pada 2004, untuk menjadi syarikat penerbangan ASEAN sepenuhnya.
Beliau berkata menerusi operasi di Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, India, dan tidak lama lagi di Jepun, syarikat penerbangan itu kini mempunyai lebih 200 pesawat dan 17,000 petugas.
"Kami satu-satunya syarikat penerbangan yang terbang ke semua 10 negara anggota ASEAN dan menerusi Fly-Thru, kami menghubungkan keseluruhan Asia Pasifik, dari Jepun, Korea dan China ke Australia dan New Zealand ke India dan melepasinya, dengan hanya satu hentian. Kami kini terbang terbang sejauh Mauritius," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Anugerah itu disampaikan kepadanya pada Anugerah Penerbangan CAPA bagi Kecemerlangan 2016 di Amsterdam.
Pengerusi Eksekutif CAPA Peter Harbison berkata anugerah itu diberikan kepada Tony sebagai memperakui kejayaan beliau memacu AirAsia meningkatkan keuntungan selain meningkatkan unjuran tahun ini selepas tahun 2015 yang 'sangat mencabar'.
Beliau berkata anugerah itu juga mengambil kira modal baharu yang dikumpul menerusi terbitan saham baharu, pengembangan operasi di China, pelancaran semula AirAsia Japan yang akan datang serta pembukaan perniagaan pajakan pesawat, yang dijangka dapat menghasilkan lebih banyak modal dan mengurangkan hutang kumpulan.
"AirAsia kembali di hadapan dalam pasaran Asia yang mencabar, dan Tony sekali lagi menunjukkan beliau antara eksekutif utama dalam industri.
"Operasi yang pada asalnya untuk jarak dekat di Malaysia dan Thailand, sekali lagi menjadikannya antara syarikat penerbangan paling menguntungkan di Asia, manakala Indonesia dan Filipina dijangka kembali mencatat untung pada separuh kedua tahun ini," katanya.
Beliau berkata AirAsia X juga kembali mencatat keuntungan susulan penstrukturan semula. -- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 28 2016
Pengerusi Eksekutif CAPA Peter Harbison berkata anugerah itu diberikan kepada Tony sebagai memperakui kejayaan beliau memacu AirAsia meningkatkan keuntungan. - AFP PHOTO / MANAN VATSYAYANA
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Gunung Ruang meletus: Beberapa penerbangan AirAsia kembali beroperasi
AirAsia turut menyediakan pilihan kepada penumpang yang terjejas akibat penerbangan yang terpaksa dibatalkan.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines, AirAsia batal penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak
Malaysia Airlines umum pembatalan 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur serta lapan penerbangan laluan Sarawak dan Kuala Lumpur dibatalkan.
Pembatalan penerbangan: AirAsia sedia pilihan kepada penumpang
Bo Lingam berkata penumpang yang ingin melakukan perubahan tempahan secara dalam talian boleh berbuat demikian di airasia.com atau AirAsia MOVE.
AirAsia tawar menu nasi lemak dua kali saiz
Santan memperkenalkan Nasi Lemak Pak Nasser Terpaling Istimewa (Double Special), hidangan ikonik yang kini bersaiz dua kali ganda berbanding asal.
Trafik penumpang udara diunjur berkembang 2% menjelang akhir 2024 - MIDF
Tinjauan menunjukkan bahawa faktor muatan selepas wabak adalah setanding dengan, jika tidak lebih tinggi daripada, tahap prapandemik.
Aidilfitri: AirAsia tawar lebih 22,000 tempat duduk tambang tetap ke Sabah, Sarawak
AirAsia menawarkan lebih 22,000 tempat duduk pada tambang rendah tetap untuk penerbangan lewat malam sempena sambutan Hari Raya antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
AirAsia sasar hak trafik dua hala ke beberapa bandar di India
Tumpuan untuk meluaskan rangkaian penting bagi AirAsia kerana bandar utama di India telah mencapai puncak pengembangan.
Pesawat Airbus A321LR jadi pilihan pengembangan armada AirAsia
Fernandes berkata, daripada 362 pesawat A321neo (pilihan enjin baharu), 36 pesawat telah ditukar kepada A321LR (jarak jauh).
AirAsia tawar tambang promosi lapan jam ke Almaty
Tambang promosi boleh ditempah melalui aplikasi airasia Superapp atau laman web untuk tempoh perjalanan bermula 14 Mac hingga 26 Okt, 2024.