Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) digesa membuka mata kepada tindak-tanduk pentadbiran Presiden Syria Bashar Al-Assad yang didakwa tidak menghormati pelan damai yang sedang dirintis badan dunia itu.
Pembangkang Syria mendakwa Bashar jelas menolak pelan damai PBB dengan tidak hadir pada pertemuan yang dirancang di Geneva pada Selasa.
Jurucakap pembangkang Syria, Nasr Hariri berkata, delegasi pembangkang yang hadir di Geneva adalah bagi menghormati resolusi damai oleh Majlis Keselamatan PBB, Resolusi 2254 dan 2118.
"Kami di sini untuk melaksanakan Geneva Communique (Resolusi) 2254 dan 2118.
"Dan anda tahu bahawa rundingan hanya berlaku apabila adanya perbincangan dua pihak, pembangkang dan rejim Bashar.
"Kami datang ke Geneva dengan satu delegasi, dengan satu pandangan politik. Dan kami berada di sini, seperti yang saya sebutkan, untuk melaksanakan resolusi Majlis Keselamatan.
"Kami tidak membuat resolusi ini," jelasnya selepas pertemuan dengan Wakil Khas PBB ke Syria, Staffan De Mistura, di Geneva pada Selasa.
Nasr dalam pertemuan itu turut menggesa De Mistura agar mewar-warkan kepada dunia tentang apa yang berlaku di Geneva pada hari tersebut.
"Jadi, kini ia menjadi tanggungjawab komuniti antarabangsa. Ia adalah tanggungjawab PBB, dan utusan khas de Mistura, untuk mengumumkan kepada dunia bahawa pentadbiran Bashar yang menolak rundingan.
"Kami berada di sini dan kami akan terus mencapai satu penyelesaian politik, yang diaspirasikan oleh rakyat Syria berdasarkan Geneva Communique 2254," tambahnya.
Astro Awani
Tue Dec 05 2017
Bashar Al-Assad ketika ditemubual sebuah akhbar Croatia di Damsyik, Syria, pada 6 April, 2017. SANA/Handout via REUTERS
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Sidang Kemuncak Liga Arab terima pakai Deklarasi Jeddah
Sidang Kemuncak Liga Arab ke-32 yang berakhir pada Jumaat menerima pakai Deklarasi Jeddah yang menyeru perpaduan untuk menyelesaikan isu serantau, lapor Xinhua.
Dadah: EU kenakan sekatan terhadap sepupu pemimpin Syria Bashar al-Assad
Kesatuan Eropah (EU) menyenaraikan sepupu Presiden Syria Bashar al-Assad sebagai individu yang dikenakan sekatan kerana didakwa terlibat dalam jenayah mengedar dadah.
Ribuan turun ke Idlib seru Bashar al-Assad letak jawatan
Perhimpunan di pusat bandar Idlib adalah yang terbesar dalam beberapa tahun ini.
Menteri Pertahanan Rusia lawat Syria
Menteri Pertahanan Rusia Sergey Shoigu dan Presiden Syria Bashar al-Assad pada Selasa mengadakan perbincangan mengenai pergerakan tentera Moscow di Mediterranean, lapor Xinhua memetik media tempatan.
Kawasan tangki minyak di Syria musnah diserang peluru berpandu
Menurut laporan, serangan yang dibuat itu adalah dengan menggunakan peluru berpandu balistik
Isteri Presiden Syria bebas kanser payudara
Menurut wanita pertama berusia 44 tahun itu, beliau menerima rawatan kemoterapi dan turut menjalani pembedahan di sebuah hospital tentera Syria.
'Semoga engkau meminum api dari neraka...' - Doa wanita kehilangan suami, anak
Dicium gambar suami dan anak-anaknya satu persatu sambil memberitahu kesemua mereka telah terbunuh.
Iran gesa Syria cari penyelesaian
Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif membuat gesaan itu ketika tentera Syria yang menyokong Presiden Bashar al-Assad sedang meningkatkan serangan bagi mengambil semula wilayah itu.
Iran-Syria perkukuh kerjasama pertahanan
Kunjungan dua hari Hatami itu turut dijangka memuktamadkan beberapa perjanjian termasuk berhubung ketenteraan dan pertahanan baharu melibatkan kedua-dua negara.
Wanita pertama Syria, Asma al-Assad jalani rawatan kanser payu dara
Bashar memaklumkan kanser payu dara yang dihidapi isterinya dikesan berada pada fasa awal.