ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 4 Julai 2020.

1) COVID-19: Air France buang 7,500 pekerja

Syarikat penerbangan Perancis, Air France dijangka menamatkan 7,580 pekerjaan di syarikat itu serta di unitnya, Hop menjelang hujung 2022 susulan krisis COVID-19.

2) Jean Castex dilantik Perdana Menteri baharu Perancis

Presiden Emmanuel Macron menamakan kakitangan awam kanan Jean Castex sebagai Perdana Menteri baharu Perancis, menggantikan Edouard Philippe yang meletak jawatan pada Jumaat.

3) Ratusan beristirahat di pantai, tidak peduli risiko COVID-19

Musim panas di California membuatkan ramai penduduk mengambil peluang beristirahat di pantai meskipun pandemik itu masih tidak menunjukkan tanda pengurangan di Amerika Syarikat.

4) Hujan lebat, 75,000 penduduk di barat Jepun diarah kosongkan kediaman

Kira-kira 75,000 penduduk di Kumamoto dan Kagoshima di barat Jepun diarah mengosongkan kediaman susulan hujan lebat yang mengakibatkan banjir dan tanah runtuh.

5) Kucing tertua di dunia mati pada usia 31 tahun

Seekor kucing yang dipercayai tertua di dunia bernama Rubbie, mati pada usia 31 tahun selepas menjalani kehidupan indah bersama pemilik yang memanjakannya.

6) Dua maut, dua parah dalam insiden berbalas tembakan di Pattani

Dua termasuk seorang militan maut manakala dua renjer cedera parah dalam satu insiden berbalas tembakan di Daerah Panare, Pattani, Selatan Thailand pada Jumaat.

7) Jubin jatuh dari tingkat atas, lelaki ini sempat larikan diri

Video yang dirakam di bandar Harbin di wilayah Heilongjiang pada 28 Jun lalu memaparkan seorang lelaki melarikan diri selepas merasakan batu-batu kecil mula jatuh dari tingkat atas.

8) COVID-19: Jangkitan di Arab Saudi cecah 200,000

Kementerian Kesihatan negara itu memaklumkan, peningkatan kes berlaku beberapa minggu menjelang musim haji tahun ini.

9) Misteri penemuan 275 bangkai gajah, pakar siasat kemungkinan diracun

Mungkinkah diracun? Itu antara aspek siasatan pakar yang menjalankan kajian mengenai penemuan 275 bangkai gajah di lokasi popular di Delta Okavango, Afrika Selatan beberapa minggu lalu.

10) COVID-19: 108 kes baharu di Victoria, perintah berkurung diperketatkan

Sebanyak 108 kes baharu direkodkan di Victoria, Australia setakat Sabtu memaksa pihak berkuasa mengenakan perintah berkurung di sembilan kawasan perumahan dan tiga bandar lagi di Melbourne.