DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 7 Julai 2020.
Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata dalam tempoh 24 jam hingga 12 tengah hari tadi, sebanyak 68 lagi kematian direkodkan, menjadikan keseluruhan mereka yang maut akibat COVID-19 di negara itu berjumlah 3,309 orang.
Singapura hari ini melaporkan 157 lagi kes jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam yang lalu, menjadikan jumlah keseluruhan 45,140 kes.
India's death toll from the coronavirus pandemic surpassed 20,000 on Tuesday and case numbers surged as the south Asian nation pushed ahead with relaxations to its almost two-month lockdown amid grim economic forecasts.
Ribuan penduduk di bandar kedua terbesar Australia, Melbourne dikenakan perintah berkurung selama enam minggu berikutan peningkatan kes COVID-19.
An apparent outbreak of bubonic plague in China is being "well managed" and is not considered to represent a high risk, a World Health Organization (WHO) official said on Tuesday.
Hubungan ‘panas’ Amerika Syarikat (AS) dengan China nampaknya memasuki satu lagi fasa apabila negara kuasa besar dunia itu sedang 'mempertimbangkan' untuk mengharamkan penggunaan aplikasi media sosial dari Negara Tembok Besar itu termasuk TikTok, lapor CNN.
Perbicaraan kes saman aktor Hollywood, Johnny Depp terhadap akhbar The Sun UK bermula pada Selasa. Saman itu dikemukakan Depp susulan laporan yang mendakwa pelakon filem 'Edward Scissorhands' itu mendera bekas isterinya, Amber Heard.
Gara-gara takut kehamilannya diketahui suami, seorang wanita di Jember, Jawa Timur, Indonesia sanggup mencampak bayi yang baru dilahirkan, ke dalam sungai.
9) Pelajar antarabangsa perlu meninggalkan AS jika universiti beralih kepada pembelajaran dalam talian
Amerika Syarikat pada Isnin mengumumkan pelajar antarabangsa mungkin perlu meninggalkan negara itu andai universiti beralih kepada pembelajaran dalam talian untuk semester 2020, akibat pandemik COVID-19, lapor agensi berita Xinhua.
Seramai 10.7 juta pelajar di China mula menduduki peperiksaan kemasukan universiti, yang dikenali sebagai Gaokao.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami