ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 10 Julai 2020.

1) Kes positif COVID-19 di Indonesia 72,347 kes, kematian 3,469 orang

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, berkata bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 52 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah keseluruhan kematian kini 3,469 orang.

2) COVID-19: Singapura catat 191 kes baharu, 16 jangkitan dalam komuniti

Menurut Kementerian Kesihatan republik itu hari ini, sebanyak 16 kes dalam komuniti dilaporkan, melibatkan tujuh warga tempatan atau pemastautin tetap dan sembilan pemegang permit kerja.

3) COVID-19: 243 kes baharu di Tokyo, hari kedua melebihi 200 kes

Menurut Gabenornya, Yuriko Koike, peningkatan mendadak ini adalah hasil daripada saringan ujian sampel asid nukleik yang dijalankan di bandar itu.

4) Kazakhstan nafi laporan China berhubung kes pneumonia lebih bahaya daripada COVID-19

Kedutaan China dalam kenyataan pada lewat Khamis menerusi akaun rasmi WeChatnya memberitahu, terdapat peningkatan kes yang ketara di bandar-bandar Kazakhstan seperti di Atyrau, Aktobe dan Shymkent sejak pertengahan

5) WHO advance team on way to China to set up probe into virus origin

The two WHO experts, specialists in animal science and epidemiology, will work with Chinese scientists to determine the scope and itinerary of the investigation.

6) COVID-19: Penunggang roller-coaster diminta senyap, hanya jerit dalam hati

Pengendali taman tema Fuji-Q Highland membuat rayuan tersebut kerana bimbang penyebaran virus daripada titisan air liur ketika menjerit yang boleh meningkatkan penularan pandemik itu.

7) COVID-19: Pesakit hamil boleh jangkiti bayi dalam kandungan - Kajian

Penyelidik dari Itali berkata mereka melakukan kajian terhadap 31 pesakit COVID-19 yang hamil dan melahirkan anak pada Mac dan April.

8) Hagia Sophia ditukar status kepada masjid

Keputusan tersebut sejajar dengan seruan Presidennya, Recep Taayyip Erdogan yang mahu tapak warisan dunia itu kepada sebuah masjid.

9) Notre-Dame akan dibina semula seperti sebelum kebakaran

Kenyataan dari Istana Élysée berkata, Presiden republik itu, Emmanuel Macron memberi keyakinan penuh terhadap keperluan untuk memulihkan semula mercu tanda bersejarah negara itu sebaik mungkin.

10) 2020 predicted to be the hottest year on record - NASA

The National Aeronautics and Space Administration (NASA) predicted 2020 to be the hottest year on record as earth’s temperature increases.