ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 13 Julai 2020.

1) COVID-19: 322 kes baharu di Singapura, jumlah kumulatif lepasi paras 46,000

Singapura, yang berada di fasa kedua pembukaan semula aktiviti sosial dan ekonominya sejak 19 Jun, mengesahkan 322 lagi kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas.

2) Kes positif COVID-19 di Indonesia melepasi 76,000 kes, kematian 3,656 orang

Kes jangkitan COVID-19 di Indonesia mencatatkan penambahan 1,282 kes baharu dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan menjangkau 76,981 kes setakat pukul 12 tengah hari tadi waktu tempatan.

3) Thailand reports 3 new imported cases of COVID-19

Thailand reported three new imported cases of COVID-19, one of whom had visited public places in Rayong before he was confirmed positive for the disease, Thai news agency (TNA) reported.

4) Wilayah Victoria catat penurunan kes COVID-19

Wilayah Victoria mencatatkan penurunan kes pada Isnin iaitu sebanyak 177 kes berbanding 273 dan 288 kes pada Ahad dan Jumaat lalu.

5) Suspek kes pedofilia warga Perancis di Indonesia mati, dipercayai gantung diri

Ketua Hubungan Masyarakat Polis Metro Jaya (Polis Jakarta) Yusri Yunus berkata suspek ditemui Khamis lepas dalam keadaan tergantung dengan seutas wayar di dalam lokap Polis Metro Jaya.

6) Upacara pengebumian Park Won-Soon dilakukan secara dalam talian

Bagaimanapun, ia disiarkan secara dalam talian bagi mengelakkan perhimpunan besar-besaran penyokong Won Soon ketika negara dilanda wabak COVID-19.

7) Pelakon John Travolta umum berita sedih, isterinya Kelly Preston pergi buat selamanya

Kematian Kelly Preston, 57, itu disahkan oleh Travolta menerusi status di Instagram miliknya. Kata pelakon Saturday Night Fever itu, mendiang isterinya itu telah berjuang hampir dua tahun melawan penyakit tersebut.

8) PM Britain saran pakai pelitup mulut dan hidung di tempat tertutup

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson menyarankan agar semua pihak memakai pelitup mulut dan hidung walaupun ketika berada di tempat tertutup sebagai langkah pencegahan penularan wabak COVID-19.

9) China says 33 rivers hit record levels as floods situation remains 'grim'

As many as 33 rivers in China have risen to their highest levels in history during the current wave of floods, a senior water ministry official said on Monday, as regions across the country brace for another "grim" week of torrential rain.

10) 40 cedera penyerang bersenjata api bertempur dengan pasukan keselamatan

Sekurang-kurangnya 40 orang cedera selepas sekumpulan penyerang bersenjata api bertempur dengan pasukan keselamatan sehingga berlaku letupan bom di Willayah Utara Samangan, Afghanistan pada Isnin.