DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 1 Ogos 2020.
PETUGAS perubatan di Filipina hampir berputus asa melawan penularan COVID-19 selepas negara itu terus mencatatkan peningkatan kes yang tinggi saban hari.
Pada usia 96 tahun, Giuseppe Paterno pernah berdepan pelbagai ujian getir hidup – kemiskinan sewaktu kecil, peperangan, dan yang terbaru, pandemik koronavirus. Kini, dia telah berjaya menduduki peperiksaan yang menjadikannya graduan universiti paling tua di Itali.
KENYATAAN Presiden Filipina Rodrigo Duterte yang menyarankan orang ramai membersihkan pelitup muka dengan minyak tanah atau kerosene menimbulkan kekhuatiran orang ramai.
Polis India menahan seorang pembunuh bersiri yang dipercayai membunuh lebih daripada 50 pemandu teksi, yang kemudiannya mencampak mayat mereka ke dalam terusan yang dipenuhi buaya.
Penjenayah rasuah paling dikehendaki di Indonesia, Djoko Soegiarto Tjandra, yang 11 tahun melarikan diri, akhirnya ditahan di Malaysia dan dibawa pulang ke Jakarta pada Khamis lepas.
PRESIDEN Amerika Syarikat Donald Trump memaklumkan pada Jumaat bahawa aplikasi media sosial TikTok bakal diharamkan di negara itu.
PENDAKWA raya Korea Selatan pada Sabtu menahan seorang pemimpin agama atas dakwaan gerejanya telah mengganggu usaha kerajaan dalam mengambil langkah menghalang penularan COVID-19 di negara itu.
Kes positif COVID-19 di Indonesia kini berjumlah 109,936 kes setelah 1,560 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam.
Sepanjang tempoh 24 jam lepas, Thailand telah mencatatkan dua kes baharu COVID-19 membabitkan warga asing termasuk seorang pemain bola sepak Serbia berusia 29 tahun yang tiba di negara itu dengan penerbangan sewa khas pada 19 Julai.
Singapura mengesahkan sejumlah 307 tambahan jangkitan COVID-19 hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini ialah 52,512 kes.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami