SEBUAH lansdskap bulan berkeluasan 120 hektar mengandungi sampah toksik, berbau busuk dan seperti nanah; tempat pelupusan sampah (tanah tempat timbunan terbuka Asia Tenggara) ini berkhidmat untuk gabungan kawasan perbandaran Jakarta yang mempunyai 32 juta penduduk. Dianggarkan ia mengandungi lebih 39 juta tan sampah, (7,000 tan ditambah setiap hari) dan ia akan penuh dengan muatan 49 tan juta menjelang tahun 2021 -- jika tidak pun lebih awal lagi.
Ibu Suki Sri, kini 52 tahun, mula menyelongkar tempat itu ketika ia mula dibuka 30 tahun lalu. Ketika itu, sampah ditempatkan dalam satu siri kawah yang ditinggalkan oleh kegiatan kuari. Tiga dekad berlalu, Bantar Gebang -- sekurang-kurangnya dari jauh -- adalah lebih seperti sebuah banjaran bukit; secara tepatnya 10 bukit kecil.
Ibu Sri tidak lagi menyelongkar sampah itu. Beliau kini adalah seorang pengumpul, mengurus satu pasukan penyelongkar yang kerjanya memburu botol plastik, penyedut minuman, kotak plastik perubatan (plastik polietilen/HDPE berketumpatan rendah, kasut, aluminium, logam dan timah. Apabila diasingkan, digred dan dibersihkan. sampah itu mempunyai sedikit nilai ekonomi: satu karung botol plastik boleh dijual dengan harga IDR5000 se kilogram, HDPE mencapai IDR7000 se kilogram.
Sungguhpun begitu, Ibu Sri tidaklah sentimental mengenai prospeknya bahawa ia akan ditutup menjelang 2021, dengan menyatakan bahawa; "Saya tidak fikir Bantar Gebang akan ditutup bila-bila masa pada waktu terdekat. Tetapi jika itu berlaku, saya akan pindah ke tempat pembuangan sampah yang lain. Ke mana sampah pergi, ke situ saya turuti."
Terdapat banyak Bantar Gebang di seluruh Asia Tenggara, dari Tondo di Metro Manila ke Da Phuoc di Ho Chi Minh City, dan ia merupakan testimoni kepada kecacatan asas terhadap naratif pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran yang kita semua telah terima sebagai kebenaran mutlak.
Pendeknya, kita telah diperdaya dengan satu penipuan bahawa konsumerisme dan konsumsi yang tidak dikendalikan menjadikan kehidupan kita tidak mapan.
Setiap tiub ubat gigi, botol syampu, kotak yoghurt, bungkusan biskut dan beg plastik beli belah warna merah jambu yang tipis berakhir di tempat seperti Bantar Gebang, Tondo atau lebih buruk lagi, hanyut di sesuatu tempat di laut-laut terbuka, di luar pantai kita.
Pendustaan yang terdesak itu merupakan pusat pada model ekonomi masa kini, yang menjadi lebih jelas ialah apabila, dengan hanya lebih 18 bulan lalu pada 31 Disember 2017, pihak berkuasa China memutuskan untuk mengharamkan import bahan-bahan buangan.
Dipanggil sebagai dasar "Pedang Nasional," ia menangani satu pukulan hampir maut kepada industri kitaran semula global yang bernilai ASD200 bilion; kesannya masih dirasakan merentasi Asia Tenggara, Eropah dan Amerika Utara.
Pada asasnya, keseluruhan ekosistem "berbuat baik" yang terdiri daripada tong kitaran semula, pusat kutipan dan insinerator telah berkembang untuk membenarkan pengguna Barat berfikir bahawa mereka boleh terus menyambung cara hidup mereka tanpa merosakkan alam sekitar.
Sebenarnya ia adalah karut. Pada hakikatnya ia adalah sampah.
Ekosistem itu hanya bergerak selagi China bersedia untuk mengimport buangan konsumerisme Barat dari buangan berbahaya kepada plastik dan sampah elektronik.
Apabila China menyedari perkara ini, walaupun sudah terlewat, kesan kehadiran jutaan tan sampah ke atas alam sekitar, mereka mengubah fikiran dan keseluruhan binaan itu runtuh.
Pihak yang paling rugi besar ialah idea Barat -- kini didedahkan sebagai lebih sedikit daripada pemalsuan -- bahawa kitaran semula kesemua buangan ini boleh berlaku.
Sekarang kita tahu bahawa kitaran semula bukanlah bebas kos. Juga ia tidak sesuatu yang baik bagi alam sekitar.
Ketika Asia Tenggara tenggelam dalam ribuan tan buangan berbahaya -- kebanyakan daripadanya datang dari negara-negara yang melakukannya secara haram dan berhipokrisi di bahagian utara dunia, kesan tindak balas dari kedua belah pihak adalah lebih pahit.
Pada awal bulan ini, Indonesia telah memutuskan untuk menghantar balik 49 kontena mengandungi buangan tercemar ke Amerika Syarikat, Australia, Perancis, Jerman dan Hong Kong.
Malaysia pada Mei menghantar balik 3.000 tan plastik ke 14 negara asal mereka. Sementara itu, Filipina mengembalikan 69 kontena ke Kanada diiringi dengan kata-kata anti-Barat yang biasa diluahkan oleh Presiden Rodrigo Duterte.
Hakikatnya bahawa negara-negara Asia Tenggara sendiri tidak berupaya untuk mengurus sampah mereka, apatah lagi untuk mengendalikan sampah Barat.
Kembali ke Jakarta, terdapat rancangan untuk mewujudkan suatu zon fasiliti rawatan perantara (ITF) berharga ASD250 juta menjelang 2022 yang boleh menyimpan 2,200 tan sampah bagi menggantikan Bantar Gebang.
Tetapi ia mungkin tidak mencukupi memandangkan bahawa bandar itu, seperti yang dicatat tadi, menghasilkan 7,000 tan sehari.
Dan malah jika lebih tempat pelupusan sampah dapat diwujudkan -- ia tidak menyelesaikan isu asas apa yang orang Jakarta -- malah Asia Tenggara dan dunia -- akan akhirnya melakukan terhadap semua sampah kehidupan dan konsumerisme Abad ke-21 hasilkan.
Seruan kepada kedua-dua pengilang dan individu untuk mengubah amalan dan kebiasaan mereka hanya dapat mencapai setakat apa yang ada.
Mereka hanya menyapu sampah itu ke bawah permaidani -- atau dalam kes Bantar Gerbang -- menimbunnya lebih tinggi.
Teknologi --- dan integrasi global -- jelas telah menggagalkan kita dalam hal ini.
Mengeksport sampah anda seperti apa yang pihak Eropah dan Amerika telah lakukan selama ini (walaupun dibuat secara tersembunyi) adalah suatu yang hipokrisi dan menggagalkan diri sendiri.
Semua masyarakat perlu menghadapi kemustahilan untuk selamanya menguruskan gunungan sampah yang dijanakan oleh Industri Konsumer Cepat Bergerak (FMCGG) kita. Apa yang diperlukan ialah rombakan keseluruhan jualan dan edaran FMCGG. Pengurusan sampah hanya merupakan jangka pendek dan sementara jika kita tidak mendidik semula pengguna, pengeluar dan peruncit. Apa saja antaranya akan gagal. Sehingga saat itu, Bantar Gebang Asia Tenggara akan terus membiak dan berkembang.
* Ikuti Karim Raslan di Twitter @fromKMR / Instagram @fromkmr
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Karim Raslan
Sun Jul 14 2019
Ditanya apa akan jadi jika Bantar Gebang ditutup, Ibu Sri berkata: 'Saya tak rasa ia akan ditutup dalam masa terdekat. Tetapi, kalau betul ia ditutup, saya akan pindah ke tapak sampah yang lain. Di mana ada sampah, saya akan ikut.' - Ceritalah ASEAN
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Asia Tenggara berpotensi tarik lebih banyak kapitalis modal teroka - KWAP
Asia Tenggara (SEA) berpotensi menarik lebih ramai pemodal teroka apabila jurang penilaian dalam kalangan syarikat pemula niaga serantau menyatu.
Pelaburan hijau di Asia Tenggara naik 20 peratus tahun ke tahun, tahun lepas - Laporan
Pelaburan hijau di Asia Tenggara meningkat 20 peratus tahun ke tahun kepada AS$6.3 bilion (AS$1=RM4.76) pada 2023 berbanding AS$5.2 bilion pada 2022.
Konflik Israel-Hamas: Lebih 40 peratus penduduk Asia Tenggara sokong gencatan senjata - Tinjauan
Lebih 40 peratus penduduk Asia Tenggara percaya masyarakat antarabangsa harus menyokong gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
Sarawak Energy kini penaung Majlis Tenaga Dunia, pertama dari Asia Tenggara
Sarawak Energy secara rasmi menjadi penaung global Majlis Tenaga Dunia, sekali gus menjadikannya yang pertama dari rantau Asia Tenggara.
Jepun sasar sokongan pembayaran berasaskan kod QR bersama negara Asia Tenggara
Pada hari ini, pengguna tempatan sudah boleh menggunakan DuitNow QR di beberapa negara jiran, sekaligus memudahkan lagi pembayaran ketika melancong di negara tersebut.
Asia Tenggara berpotensi keluarkan bahan suapan SAF - Airbus
Rantau ini mempunyai potensi pengeluaran yang besar disebabkan oleh banyaknya bahan suapan selain kewujudan industri biodiesel sedia ada.
Pengajian bahasa dan peradaban Melayu harus diperluas ke seluruh Asia Tenggara - Ismail Sabri
Ismail Sabri berharap cadangan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN diteruskan.
Laluan pelancongan dengan memandu suburkan ekonomi pelancongan di Asia Tenggara - Tiong
Laluan yang dicadangkan dalam kaedah ini adalah Hat Yai-Sungai Kolok-Kota Bharu-Kuala Lumpur, dan Hat Yai-Alor Setar-George Town.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Aramco sasar operasi runcit di Malaysia, Asia Tenggara
Saudi Aramco berhasrat mengembangkan aktiviti hilirannya di Malaysia sejajar dengan sasaran untuk menjadikan Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) di Johor sebagai hab terbesar di Asia Tenggara.