JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini menghampiri 98 juta kes.

Lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas, sekali gus menjadikan kes kumulatif global terkini mencecah 97,962,267.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 24.7 juta kes.

COVID-19 | Kes positif dunia menghampiri 98 juta


Ini diikuti India dengan 10.62 juta kes dan Brazil dengan 8.69 juta kes.

Manakala negara yang melepasi angka tiga juta kes adalah Rusia, United Kingdom dan Perancis sementara Sepanyol, Itali, Turki dah Jerman melebihi dua juta kes.

Colombia, Argentina, Mexico, Poland, Afrika Selatan Iran, Ukraine dan Peru pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.

Manakala Indonesia, Belanda, Czechia, Kanada, Romania, Chile, Belgium, Iraq, Sweden, Bangladesh, dan Pakistan pula antara negara yang merekodkan angka lebih 500,000 kes.

Negara dalam lingkungan 300,000 sehingga 500,000 kes termasuk Maghribi, Austria, Serbia, Arab Saudi, Hungary dan Jepun.

39 negara lain merekodkan angka positif antara 100,000 dan 300,000 kes termasuk Malaysia.



Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 2.1 juta kes.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 412,780 kes.

COVID-19 | Angka korban global melebihi 2.1 juta


Ini diikuti Brazil dengan lebih 214,000 kes, India dan Mexico pula merekodkan lebih 146,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk United Kingdom, Itali, Perancis, Rusia, Iran, Jerman dan Sepanyol.

Manakala negara yang merekodkan antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian adalah Argentina, Afrika Selatan dan Peru

Indonesia, Turki dan Ukraine pula mencatatkan lebih 20,000 angka korban.

Kebanyakan negara lain merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.