JUMLAH kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini meningkat kepada 8.89 juta kes, setakat pagi Isnin.

Menurut data terbaru daripada Johns Hopkins University, ia menyaksikan peningkatan kira-kira 120,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan jumlah kumulatif 2.27 juta kes.


Menurut data terbaru daripada Johns Hopkins University, ia menyaksikan peningkatan kira-kira 120,000 kes dalam tempoh 24 jam.
Brazil kini menjadi negara kedua yang melepasi angka jangkitan 1 juta kes.

Rusia melepasi angka jangkitan setengah juta dengan merekodkan 583,000 kes.

Negara keempat dan kelima merekodkan kes jangkitan yang tinggi ialah India dan United Kingdom.

Lima lagi negara mencatat angka melebihi 200,000 iaitu Peru, Sepanyol, Itali, Chile dan Iran.

Sementara sembilan lagi negara merekodkan kes jangkitan melebihi 100,000 iaitu Perancis, Jerman, Turki, Pakistan, Mexico, Arab Saudi, Bangladesh dan Kanada.