Thailand pada Jumaat mencatatkan lima lagi kes COVId-19 yang disahkan, kesemuanya berkaitan kepada berkongsi minuman dan rokok dalam dua kluster, menjadikan keseluruhan kes yang disahkan di negara itu, meningkat kepada 75 kes.
Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam Thailand Dr Sukhum Kanchanapimai berkata, dua kes baharu merupakan kes sekumpulan rakan yang berkongsi minuman dan rokok, pada dua kejadian berbeza pada akhir Februari.
Beliau berkata 11 kes baharu dilaporkan pada Khamis dan seorang pelancong dari Hong Kong telah dikenal pasti, sebagai punca kepada satu kluster baharu.
Sehingga kini beliau berkata, 13 daripada 15 yang diuji, telah didapati positif COVID-19, menjadi kluster terbesar sejak penularannya pada Januari.
Sukhum berkata, tiga lagi kes baharu yang dilaporkan dikaitkan kepada seorang wanita Thai, yang pulang dari Korea Selatan, tetapi tidak melakukan kuarantin kendiri.
Beliau berkata, wanita berusia 27 tahun itu, didapati positif COVID-19 dan dikenali sebagai pesakit 57.
"Wanita itu telah dikenal pasti sebagai punca kepada tiga kes baharu itu.
"Selepas pulang dari Korea Selatan, beliau telah keluar bersama rakan-rakan dan ahli keluarga, termasuk tiga yang tersebut - adik lelaki dan dua rakan mereka (lelaki dan wanita). Mereka juga berkongsi minuman," katanya pada taklimat harian COVID-19 pada Jumaat.
Beliau berkata, pihak berkuasa kini memantau lapan lagi kontak rapat wanita tersebut.
Sementara itu, Sukhum mengesa orang ramai untuk berhenti berkongsi minuman dan rokok bagi mengekang penularan COVID-19 di negara itu.
"Jangan berkongsi minuman dan rokok ... ia tidak sesuai," katanya.
Beliau juga mengesa mereka yang pulang dari negara yang berisiko tinggi untuk melakukan kuarantin kendiri dan mengelakkan untuk bersosial dengan ahli keluarga dan rakan.
Sehingga kini, Thailand mencatatkan 75 kes COVID-19, dengan satu kematian.
Daripada jumlah itu, 39 masih menerima rawatan di hospital, manakala 35 lagi telah dibenarkan pulang.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 13 2020
Beliau berkata 11 kes baharu dilaporkan pada Khamis dan seorang pelancong dari Hong Kong telah dikenal pasti, sebagai punca kepada satu kluster baharu. -Gambar fail
PM Anwar hulur sumbangan kepada Daddy Rock
Perdana Menteri berkata Shahrol Asikin yang mengalami masalah komplikasi jantung akan menjalani prosedur pembedahan jantung bulan depan.
Larian hari pertama obor Olimpik di Perancis selesai, Drogba nyalakan kawah
Basile Boli menjadi pembawa obor pertama, memulakan larian dari Basilika Notre-Dame de la Garde yang ikonik.
Mahkamah Agung India bebaskan Ketua Menteri Delhi dengan jaminan sementara
Kejriwal ditahan Direktorat Penguatkuasaan pada 21 Mac berkaitan siasatan rasuah yang melibatkan dasar penjualan alkohol di Delhi.
PM Anwar seru Sime Darby Plantation jadi pelopor kurangkan kebergantungan buruh asing
Anwar berkata pendekatan dan kemajuan teknologi yang digunakan Sime Darby Plantation, disasarkan menjadi contoh kepada pekebun-pekebun kecil.
AirAsia terus sokong inisiatif FLYsiswa, permohonan baucar kini dibuka
Pelajar kini punya akses ke 47 laluan di seluruh rangkaian domestik AirAsia, menghubungkan Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dapat tarik FDI daripada syarikat multinasional - Maybank IB
Johor mempunyai tenaga buruh yang kompetitif, tanah yang banyak dan sumber tenaga yang lebih murah.
UTM optimis pacu teknologi AI negara, lahir tenaga mahir
Inisiatif kolaboratif dengan institusi akademik lain dikenali sebagai Konsortium AI Malaysia turut diperkenal.
337 stesen pemancar 5G beroperasi di Pahang
Baki 24 struktur disasarkan untuk disiapkan menjelang penghujung suku kedua tahun ini sekali gus menepati sasaran liputan 5G di kawasan berpenduduk.
Dua dokumentari warisan Malaysia disenarai dalam MOWCAP
Dua dokumentari itu ialah At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah: Genealogical History of Kedah State dan The Royal Correspondence of Baginda Omar.
Ibu bapa berperanan penting dalam tumbesaran kanak-kanak
Beliau berkata pelbagai masalah mungkin timbul, sekiranya kanak-kanak tidak mendapat perhatian yang cukup daripada ibu bapa.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Mei 2024.
Kargo udara global catat pertumbuhan berganda pada Mac - IATA
Industri kargo udara global mencatatkan 23.1 bilion tan kargo kilometer (CTK) pada Mac, mewakili pertumbuhan 10.3 peratus dari tahun ke tahun, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Kerjasama dua hala India-Malaysia bergantung kepada kepercayaan, kebolehpercayaan bersama - Menteri Luar
Memupuk kepercayaan dan kebolehpercayaan bersama sebagai asas untuk kerjasama dua hala antara India dan Malaysia adalah sangat penting, kata Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar.
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 berkuat kuasa 1 April - Armizan
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 akan dikuatkuasakan pada 1 April ini selepas diwartakan pada 2 Feb, kecuali empat seksyen dalam akta berkenaan.
Kadar rizab tenaga di Semenanjung diunjur 28-36 peratus bagi tahun 2024-2030
Kadar rizab margin tenaga di Semenanjung bagi tahun 2024 hingga 2030 diunjurkan antara 28 hingga 36 peratus.
LADA sasar ketibaan tiga juta penumpang ke Langkawi tahun ini
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menyasarkan untuk meningkatkan ketibaan penumpang ke Langkawi kepada tiga juta tahun ini, selepas mencapai kira-kira 2.82 juta ketibaan penumpang pada 2023.
Jumlah pelancong Turki ke Malaysia meningkat 10.8 peratus
Jumlah pelancong Turkiye yang datang ke Malaysia dari Januari hingga November 2023 menunjukkan peningkatan sebanyak 10.8 peratus atau 15,623 orang berbanding 14,096 bagi tempoh sama pada 2019.
UMNO junjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah
UMNO menjunjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah menyempurnakan tempoh pemerintahan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, hari ini.
PM yakin rakyat rasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah
Anwar yakin bahawa seluruh rakyat merasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah dalam memastikan keamanan dapat dinikmati oleh semua sepanjang pemerintahan Seri Paduka.
Permintaan kargo udara global melonjak 8.3 peratus pada November - IATA
Permintaan kargo udara global melonjak 8.3 peratus pada November 2023 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya, manakala pertumbuhan permintaan untuk operasi antarabangsa berada pada 8.1 peratus.