KUALA LUMPUR: Permintaan kargo udara global melonjak 8.3 peratus pada November 2023 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya, manakala pertumbuhan permintaan untuk operasi antarabangsa berada pada 8.1 peratus, berdasarkan laporan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
IATA dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, kapasiti diukur dalam tan kargo kilometer, menokok 13.7 peratus berbanding November 2022 (+11.6 peratus bagi operasi antarabangsa).
"Kebanyakan pertumbuhan kapasiti terus dikaitkan dengan peningkatan kapasiti perut memandangkan pasaran penumpang antarabangsa meneruskan pemulihan pasca COVID mereka.
"Berbanding November 2019 (pra-COVID), permintaan turun 2.5 peratus, manakala kapasiti naik 4.1 peratus," kata IATA.
Pasaran kargo udara global November 2023 menunjukkan pertumbuhan dari tahun ke tahun paling mantap dalam kira-kira dua tahun, disebabkan oleh kelemahan pada November 2022 tetapi ia juga mencerminkan pengukuhan permintaan untuk kargo udara selama empat bulan berturut-turut.
Ketua Pengarah IATA, Willie Walsh menjelaskan permintaan kargo udara November, diukur dalam tan kargo kilometer, mengembang dua kali ganda berbanding 3.8 peratus pada Oktober dan bulan keempat yang mencatatkan perkembangan pasaran yang positif.
"Ia membentuk pengakhiran tahun yang menggalakkan untuk udara kargo walaupun terdapat kebimbangan ekonomi yang ketara sepanjang 2023 yang dijangka berterusan," katanya.
Syarikat-syarikat penerbangan Asia-Pasifik menyaksikan volum kargo udara mereka bertambah 13.8 peratus pada November 2023 berbanding bulan yang sama pada 2022, dan prestasi ini jauh melebihi pertumbuhan bulan sebelumnya iaitu sebanyak 7.6 peratus.
Kapasiti yang tersedia bagi syarikat penerbangan di rantau ini meningkat sejumlah 29.6 peratus berbanding November 2022 selepas terhapusnya sekatan COVID-19. - BERNAMA
Bernama
Tue Jan 09 2024
IATA dalam satu kenyataan berkata kapasiti, diukur dalam tan kargo kilometer, menokok 13.7 peratus berbanding November 2022 (+11.6 peratus bagi operasi antarabangsa). - Gambar fail/IATA
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
SPRM lancar bilik gerakan PRK Kuala Kubu Baharu
SPRM melancarkan bilik gerakan, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
WEF anjur mesyuarat khas di Arab Saudi ketika suhu geopolitik Asia Barat memanas
WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28-29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.
Tiada tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar dibenarkan - KKM
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi paras yang dibenarkan di bawah undang-undang.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Menurut Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright, pihaknya akan memaklumkan perkembangan terbaharu kepada semua delegasi terlibat sekiranya tarikh akhir pelayaran ditetapkan.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
MAVCOM akan kemukakan pindaan ke atas levi karbon untuk diwartakan akhir April
MAVCOM akan mengemukakan pindaan kepada Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC) berkaitan levi karbon untuk diwartakan menjelang akhir April 2024.
Permintaan penumpang udara global meningkat 21.5 peratus pada Februari - IATA
Jumlah kapasiti menokok 18.7 peratus tahun ke tahun manakala faktor muatan adalah 80.6 peratus.
IATA alu-alukan caj PSC baharu, perkhidmatan perlu sepadan
Goh berkata ketelusan diperlukan mengenai cara kos dapat diperoleh semula daripada pengguna lapangan terbang secara adil.
Permintaan penumpang udara global meningkat pada 2024 - IATA
IATA berkata permintaan antarabangsa melonjak 20.8 peratus manakala permintaan domestik naik 10.4 peratus.
Permintaan kargo udara global kembali pulih pada 2023 - IATA
Pasaran pengangkutan udara global menunjukkan permintaan kargo udara kembali pulih pada 2023 dengan prestasi suku keempat yang kukuh.
Malaysia Airlines lancar MHplus secara global untuk tingkat perkongsian pasaran utama
MHplus akan tersedia dalam enam negara seperti Malaysia, Indonesia, India, Australia, Singapura dan United Kingdom, berkuat kuasa 23 Jan 2024.
Perjalanan udara pada November 2023 cecah 99 peratus daripada paras 2019 - IATA
Jumlah trafik udara meningkat 29.7 peratus tahun ke tahun pada November 2023.
Permintaan kargo udara global melonjak 8.3 peratus pada November - IATA
Permintaan kargo udara global melonjak 8.3 peratus pada November 2023 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya, manakala pertumbuhan permintaan untuk operasi antarabangsa berada pada 8.1 peratus.
Jumlah kargo syarikat penerbangan Asia Pasifik naik 4.9 peratus pada Ogos 2023
Syarikat penerbangan Asia Pasifik menyaksikan jumlah kargo udara mereka, yang diukur dalam kargo tan bagi setiap kilometer (CTK), naik 4.9 peratus pada Ogos 2023 berbanding bulan yang sama pada 2022.
Trafik penumpang global meningkat 26.2 peratus pada Julai 2023 - IATA
Trafik global kini berada pada 95.6 peratus daripada tahap sebelum COVID-19, katanya dalam satu kenyataan hari ini.