PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sekali lagi mencabar personaliti media Oprah Winfrey untuk bertanding jawatan presiden.

Kenyataan Trump dibuat setelah penampilan Winfrey dalam program popular '60 Minutes’ yang mana bekas pengacara program bual bicara itu bertindak sebagai wartawan khas.

Trump turut mengkritik penampilan Winfrey dalam program berkenaan yang dilihat sebagai kurang keyakinan diri.

BACA: 'Saya akan tewaskan Oprah' - Trump
BACA: Oprah Winfrey bertanding presiden Amerika Syarikat?


“Soalan-soalan sangat berat sebelah dan fakta tidak betul.

“Saya berharap beliau akan bertanding (untuk jawatan Presiden) agar beliau dapat didedahkan dan dikalahkan seperti yang lain,” katanya di Twitter.


Nama Winfrey hangat diperkatakan untuk bertanding jawatan tertinggi negara itu setelah memberikan ucapan penuh inspirasi di Anugerah Golden Globes pada Januari.

Winfrey menerusi beberapa temu ramah bersama media AS berkata beliau tidak berminat untuk bertanding.