ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 Mac 2024.


1. AS laksana misi gugur bantuan kemanusiaan ke Gaza

Komando Pusat AS (CENTCOM) telah melaksanakan misi menggugurkan bantuan kemanusiaan ke utara Gaza pada Khamis bagi membantu orang awam yang terjejas akibat konflik antara Israel dan Hamas, lapor Agensi Anadolu.



2. “Rafah harapan terakhir Gaza” - UNICEF

JURUCAKAP Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), James Elder berkata, bandar selatan di Gaza merupakan ‘rumah’ kepada beberapa "hospital, tempat perlindungan, pasar dan sistem air terakhir" di enklaf pantai itu.


3. 'Jangan pilih kasih perang di Gaza dan Ukraine' - PBB

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menggesa gencatan senjata di Gaza.


4. PBB sebulat suara lulus resolusi kawal AI

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis sebulat suara menerima pakai resolusi global pertama mengenai kecerdasan buatan atau (AI).


5. 2 jet komersial patah balik selepas ancaman bom

Dua jet komersial yang dalam penerbangan dari ibu negara Denmark ke Stavanger, Norway terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang Copenhagen pada petang Khamis selepas dipercayai menerima ancaman bom, lapor Xinhua.


6. Dua cedera, belon udara panas terhempas berhampiran lebuh raya

Sebuah belon udara panas terhempas berhampiran sebuah lebuh raya di Rochester, Minnesota pada Rabu.


7. Jabatan Keadilan AS saman Apple kerana monopoli pasaran telefon pintar secara haram

Jabatan Keadilan dan sejumlah negeri di Amerika Syarikat (AS) menyaman Apple, pada Khamis yang dituduh memonopoli pasaran telefon pintar secara haram.


8. Peguam Negara New York kemuka tuntutan sita aset Donald Trump

Pejabat Peguam Negara New York mengemukakan perintah mahkamah di daerah Westchester, petanda awal ingin menyita padang golf dan rumah agam milik Donald Trump di Manhattan yang dikenali sebagai Seven Springs.


9. Peningkatan ketibaan migran lonjakkan pertumbuhan populasi Australia

Pengambilan masuk migran di Australia meningkat dan mencapai rekod tertinggi, memacu kepada lonjakan pertumbuhan populasi di negara ini.


10. Pemindahan pertama buah pinggang babi beri sinar kepada pesakit

Kejayaan prosedur pembedahan pemindahan buah pinggang babi ke manusia yang pertama di Amerika Syarikat (AS) disifatkan sebagai kemajuan besar di negara itu.