Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty di New Jersey, Amerika Syarikat, kembali dibuka lewat malam Selasa selepas ia ditutup susulan kebakaran bahagian enjin pesawat United Airlines yang menyebabkan 131 penumpang diarah keluar.

Pesawat Boeing 757 United Airlines 1579, sedang berlepas pada jam 9 malam menuju ke San Francisco, apabila api dilihat di bahagian enjin kanan, menurut kenyataan bertulis jurucakap Persekutuan Pentadbiran Penerbangan.

Jurucakap United Airlines, Jonathan Guerin, berkata pesawat dimaklumkan berkenaan kebakaran itu oleh menara kawalan dan seorang penumpang cedera di bahagian pergelangan kaki ketika proses evakuasi.


Jurucakap lapangan terbang pula memberitahu lima penumpang lain mengalami cedera ringan dan penerbangan lain juga mungkin akan tertangguh.

Pesawat terbabit membawa 124 penumpang dan tujuh kru. Semua penumpang telah dipindahkan ke pesawat lain untuk meneruskan perjalanan ke San Francisco.