Berita  | Dunia

Filipina tarik diri dari ICC - Duterte

Filipina tarik diri dari ICC - Duterte
DUTERTE: Saya dengan ini mengisytiharkan dan memberi notis serta-merta, sebagai Presiden Republik Filipina, bahawa Filipina kini menarik balik ratifikasinya terhadap Statut Rom. - Gambar fail
MANILA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, akan memberi notis untuk menarik diri dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), kata jurucakap beliau Harry Roque pada Rabu.

"Saya mengesahkan bahawa Presiden Duterte telah mengarahkan Setiausaha Eksekutif untuk memberi notis bahawa Filipina kini menarik diri daripada menjadi pihak dalam Statut Rom ICC," katanya kepada agensi berita China Xinhua.
Kenyataan Roque dibuat sejurus selepas pejabat Duterte mengeluarkan draf kenyataan bahawa beliau telah memutuskan untuk menarik Filipina keluar dari ICC.

"Saya dengan ini mengisytiharkan dan memberi notis serta-merta, sebagai Presiden Republik Filipina, bahawa Filipina kini menarik balik ratifikasinya terhadap Statut Rom, yang berkuat kuasa dengan segera," kata Duterte dalam draf kenyataan itu.

-- BERNAMA