Calon presiden Parti Demokratik Joe Biden dan gandingannya Kamala Harris membuat penampilan sulung di khalayak pada Rabu, dan berikrar akan memberi saingan sengit kepada Rumah Putih, lapor Agensi Anadolu.
"Rakyat Amerika amat menagihkan kepemimpinan," kata Harris dalam ucapannya.
Harris wanita kulit hitam atau Asia-Amerika pertama yang dipilih untuk menyandang jawatan penting. Ayahnya seorang pendatang berasal dari Jamaica manakala ibunya dari India.
Sementara itu, Biden berkata "pilihan yang kita buat pada November ini akan menentukan masa depan Amerika untuk tempoh yang sangat lama dan saya mempunyai pilihan serta peluang yang bagus."
"Saya tidak berasa ragu kerana saya telah memilih orang yang tepat untuk bergandingan dengan saya sebagai naib presiden Amerika Syarikat (AS) yang seterusnya," kata Biden dalam satu acara di sekolah menengah Delaware.
Harris dalam ucapannya turut mengkritik Presiden Donald Trump dan Naib Presiden Mike Pence sambil berkata tentangan sebenarnya terhadap mereka akan dapat disaksikan pada 3 November nanti.
"Lihat apa yang mereka telah lakukan kepada kita: Lebih 16 juta orang tidak mempunyai pekerjaan, berjuta-juta anak tidak dapat kembali semula ke sekolah, krisis kemiskinan, hilang tempat tinggal, paling banyak menimpa orang kulit hitam dan orang asli, krisis kelaparan dan lagi menyedihkan lebih 165,000 nyawa terkorban, ada yang tidak berpeluang mengucapkan selamat tinggal kepada orang tersayang," katanya.
Beliau merujuk kepada angka korban COVID-19 di AS dan menurutnya ia tidak sepatutnya berlaku seteruk itu.
Biden secara rasmi akan menerima pencalonan Demokrat pada Khamis, hari terakhir Konvensyen Kebangsaan Demokratik yang berlangsung selama empat hari.
Trump dijangka melakukan perkara yang sama di Konvensyen Kebangsaan Republik, pada minggu berikutnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 13 2020
Joe Biden dan Kamala Harris ketika tiba pada satu sidang media di Sekolah Tinggi Alexis Dupont di Wilmington, Delaware, 12 Ogos, 2020. (Foto AP)
AstraZeneca tarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, berbulan selepas sedar ada kesan sampingan
Vaksin itu tidak lagi boleh digunakan di EU selepas syarikat itu secara sukarela menarik balik "kebenaran pemasarannya."
Pembangunan pelajar perlu dinilai secara holistik
Keseluruhan pembangunan murid perlu dilihat secara holistik termasuk mengambil kira pencapaian dalam akademik, kokurikulum serta potensi dalam bidang lain.
KBS akan tambah baik infrastruktur sukan di Cameron Highlands
Kementerian Belia dan Sukan berhasrat untuk menambah baik infrastruktur sukan di Cameron Highlands bagi memberi sokongan kepada atlet di kawasan itu sehingga ke peringkat akar umbi.
Bekerja sambil lewa mengkhianati amanah - Mufti P. Pinang
Jika seseorang pegawai atau pekerja tidak bersungguh-sungguh menunaikan pekerjaannya atau bekerja sekadar "melepaskan batuk di tangga" sahaja maka dia dikira mengkhianati amanah.
Faisal Halim semakin stabil
Faisal selesai jalani pembedahan kedua yang berlangsung selama tiga jam petang semalam.
PM doakan Faisal Halim segera sembuh
Perdana Menteri titip doa agar Faisal dikurniakan afiyah sesegera mungkin dan kembali meneruskan perjuangannya dalam sukan bola sepak.
Tanam padi guna sistem air bawah tanah akan dilaksana atasi kesan kemarau
Kerajaan akan melaksanakan kaedah tanaman padi menggunakan sistem air bawah tanah sebagai persediaan menghadapi cuaca panas yang dijangka lebih buruk tahun hadapan.
Kempen 'RevUp and Register' perkasa penggunaan domain .my
MYNIC, melancarkan kempen 'RevUp and Register' bagi memperkasa pertumbuhan salah satu aset digital negara iaitu nama domain .MY.
59 projek pacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson - MB
Sebanyak 59 projek dicadang dilaksanakan bagi memacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson sekali gus menjadikan ia sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.
Media arus perdana perlu tingkat kualiti, bersaing dengan wartawan segera
Peningkatan kualiti mustahak bagi memastikan media arus perdana terus menjadi sumber rujukan utama rakyat melibatkan pelbagai isu semasa.
Malaysia disasar sebagai 'rakan' dalam rangkaian bekalan mineral kritikal - Howard
Malaysia disasarkan sebagai 'rakan' dalam rangkaian bekalan mineral kritikal oleh Amerika Syarikat (AS) dan negara kumpulan G7, kata Ahli Parlimen Ipoh Timor Howard Lee.
Kes jenayah Goldman Sachs berhubung 1MDB tamat secara rasmi
Goldman Sachs telah memenuhi kewajipannya dan membayar penalti sebanyak AS$2.9 bilion.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS selepas alami kenaikan awal
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7380/7405 berbanding dolar AS daripada 4.7370/7400 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.
Sambungan bluetooth dari bumi ke satelit berjaya dilakukan
Hubble Network, sebuah syarikat pemula dari Amerika Syarikat berjaya melakukan sambungan bluetooth dari bumi ke satelit di angkasa lepas.
Ketegangan tercetus antara pelajar pro-Palestin, MP Republikan di universiti AS
Ketegangan tercetus di kampus Universiti George Washington di sini pada Rabu antara pelajar pro-Palestin dan beberapa ahli Parlimen (MP) Republikan.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.7700/7750 berbanding dolar AS 4.7650/7700 ketika ditutup pada Isnin.
CapCut juga mungkin akan diharamkan di Amerika Syarikat
Menurut laporan The Washington Post, Amerika Syarikat turut akan memerlukan CapCut dijual untuk terus beroperasi di negara mereka.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.