Lebih 50,000 anggota polis dan tentera Indonesia ditempatkan di kawasan strategik di kota Jakarta bagi mengawal keselamatan dan ketenteraman awam, pasca pengumuman keputusan Pilihan Raya Indonesia (Pemilu 2019), awal pagi ini.
Pasukan keselamatan ditempatkan di kawasan seperti di Komisi Pemilihan Umum (KPU), Badan Pengawas Pemilihan Umum (Bawaslu), Istana Negara, bangunan parlimen, pusat membeli-belah dan terminal serta stesen kereta api.
Sebahagian jalan di Jakarta iaitu Jalan Sudirman dan Jalan Imam Bonjol yang menempatkan bangunan Bawaslu dan KPU, turut ditutup kepada lalu lintas, berikutan beribu orang ramai mengadakan demonstrasi di kawasan itu.
Awal pagi ini, pukul 1.46 pagi waktu Indonesia Barat, KPU mengumumkan keputusan Pilihan Raya Presiden 2019, yang kemenangan berpihak kepada Presiden Joko Widodo (Jokowi) dan pasangannya Ma'ruf Amin untuk jawatan naib presiden.
Pengumuman itu dibuat sehari lebih awal selepas pengiraan di semua 813,350 Tempat Pembuangan Suara atau pusat pengundian, selesai 11.30 malam Isnin (20 Mei).
Jokowi, 57, bersama pasangannya untuk jawatan naib presiden, Ma'ruf, 76, memperoleh 85,607,362 undi, manakala pencabarnya, Prabowo Subianto, 67, dan pasangannya untuk jawatan naib presiden, Sandiaga Uno, 49, memperoleh 68,650,239 undi.
Prabowo dalam satu kenyataan hari ini menolak keputusan yang diumumkan KPU itu dan akan memfailkan petisyen mencabar keputusan itu di Mahkamah Konstitusi.
Beliau turut mempertikaikan tindakan KPU mengumumkan keputusan itu pada awal pagi, ketika rakyat Indonesia sedang tidur.
Pada 15 Mei lepas, ketika proses pengiraan Pilpres masih berlangsung, Prabowo, yang sebelum ini menolak hasil keputusan quick count atau hitung cepat oleh badan-badan bebas yang memenangkan Jokowi, turut memboikot proses pengiraan undi KPU, yang didakwanya berlaku unsur penipuan.
Sementara itu, Jokowi, yang pagi ini mengadakan lawatan di kawasan penempatan di Kamoung Deret, Tanah Tinggi, Jakarta Pusat, mengucapkan terima kasih kepada rakyat Indonesia atas sokongan mereka untuk terus memimpin negara demokrasi ketiga terbesar di dunia itu.
Beberapa pihak tertentu yang pro kepada Prabowo sebelum ini turut menggesa satu demonstrasi besar- besaran bagi membantah keputusan Pilpres itu.
Densus 88 atau Pasukan Polis Khas Anti Keganasan Indonesia, sebelum ini menahan hampir 100 suspek yang dipercayai merancang untuk melakukan serangan bom pada 22 Mei ini.
Keadaan keselamatan di Jakarta masih terkawal dan tiada kejadian tidak diingini dilaporkan berlaku setakat 4 petang ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 21 2019
Jokowi, 57, bersama pasangannya untuk jawatan naib presiden, Ma'ruf, 76, memperoleh 85,607,362 undi, manakala pencabarnya, Prabowo Subianto, 67, dan pasangannya untuk jawatan naib presiden, Sandiaga Uno, 49, memperoleh 68,650,239 undi.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lelaki tunggang basikal 700km untuk 'mudik' beraya di kampung
Seorang lelaki boleh dianggap 'kurang waras' apabila mengayuh basikal untuk balik kampung sejauh hampir 700 kilometer demi menyambut Aidilfitri.
Aidilfitri di Indonesia disambut meriah, turut dirasai warga Malaysia
Umat Islam di Indonesia hari ini bergembira meraikan Hari Raya Aidilfitri yang mempertemukan keluarga dan sahabat handai dalam semangat kemesraan, kemaafan dan kebersamaan.
Jutaan penduduk Jakarta mula mudik ke kampung halaman untuk Aidilfitri
Dianggarkan sekitar 193 juta penduduk bergerak menuju ke destinasi masing-masing susulan cuti perayaan yang panjang tahun ini.
Aidilfitri: Perantau Jakarta ditawar "mudik" naik kapal perang
Perantau di ibu kota Jakarta berpeluang 'mudik' atau balik kampung di wilayah Pulau Jawa sempena Aidilfitri tahun ini menaiki kapal perang secara percuma.
3,929 anggota keselamatan ditugaskan lindungi keselamatan di lokasi demonstrasi Jakarta
Pihak berkuasa Jakarta menugaskan 3,929 anggota keselamatan untuk mengawasi demonstrasi berkaitan Pilihan Raya Umum 2024 di hadapan Kompleks Parlimen di Tanah Abang, Jakarta Pusat pada Selasa.
Tunjuk perasaan di Jakarta bantah kemenangan awal Prabowo
Aktivis hak asasi manusia di Jakarta mengadakan tunjuk perasaan membantah kemenangan Prabowo Subianto dalam pilihan raya presiden pada Khamis.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pemilu 2024: Jutaan hadir kempen akhir, Anies sifatkan “tiada hati yang tidak bergetar”
Ratusan ribu penyokong calon presiden dan wakil presiden nombor 1 Anies Baswedan-Muhaimin Iskandar membanjiri Jakarta International Stadium bagi menghadiri kempen terakhir pada Sabtu.
AirAsia tambah penerbangan laluan Jakarta-Kuching bermula 8 Februari
AirAsia akan mempertingkatkan kekerapan penerbangan laluan Jakarta-Kuching bermula 8 Februari.
Jakarta laksana pemberian vaksin COVID-19 berbayar mulai 1 Jan
Perkhidmatan Kesihatan DKI Jakarta akan melaksanakan vaksinasi COVID-19 berbayar mulai 1 Jan 2024.