awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aidilfitri: Perantau Jakarta ditawar "mudik" naik kapal perang

Bernama
Bernama
25/03/2024
20:15 MYT
Aidilfitri: Perantau Jakarta ditawar "mudik" naik kapal perang
Tentera Laut Indonesia menyediakan sebuah kapal perang berkapasiti 500 orang khusus bagi membawa individu dan penunggang motosikal, kecuali motosikal eletrik, untuk pulang ke kampung halaman. - Gambar FB TNI Angkatan Laut
JAKARTA: Perantau di ibu kota Jakarta berpeluang 'mudik' atau balik kampung di wilayah Pulau Jawa sempena Aidilfitri tahun ini menaiki kapal perang secara percuma.
Tentera Laut Indonesia menyediakan sebuah kapal perang berkapasiti 500 orang khusus bagi membawa individu dan penunggang motosikal, kecuali motosikal eletrik, untuk pulang ke kampung halaman.
"Program ini bertujuan membantu pemerintah membendung risiko kemalangan jalan raya pada musim perayaan khususnya penunggang motosikal," kata jurucakapnya, Laksamana Pertama Made Wira Hady.
Dalam satu kenyataan, beliau berkata, kapal akan belayar dari Jakarta pada 5 April 2024 dan berlabuh di Semarang 6 April dan tiba di Surabaya 7 April, sebelum kembali semula ke Jakarta pada 13 April.
Sementara itu, hampir 68,000 anggota tentera akan membantu sekitar 93,000 anggota polis mengawal 193.6 juta orang yang akan melakukan perjalanan cuti Aidilfitri, melonjak daripada 123 juta orang tahun lepas.
"Selain anggota dan kapal perang, kami menyediakan pesawat pengangkut udara jika diperlukan," kata Panglima Tentera Nasional Indonesia, Jenderal Agus Subiyanto.
Kementerian Pengangkutan meramalkan puncak arus 'mudik' berlaku dari 5 hingga 8 April dan puncak arus balik ke bandar dari 13 hingga 16 April. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#perantau
#Jakarta
#kapal perang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan