Berita  | Dunia

Keluarga silap kebumi mayat anak orang lain

Keluarga silap kebumi mayat anak orang lain
Menurut Bouchard, insiden itu 'jarang berlaku' dan ia tidak pernah berlaku sepanjang 33 tahun beliau bekerja dalam industri tersebut. - Gambar hiasan
OTTAWA: Presiden sebuah hospital di Winniped, Kanada menyuarakan rasa kesal dan berjanji akan menyiasat kesilapan pihaknya menyerahkan mayat bayi orang lain kepada sebuah keluarga di wilayah utara.

Insiden itu berlaku selepas kematian bayi baru lahir, Tony Alagalak dan Alice Kinak di Hospital St Boniface pada April lalu.

Pihak hospital terbabit dilaporkan menghantar mayat bayi lain kepada keluarga di Arviat, Nunavut yang menyangka telah mengebumikan anak mereka. Beberapa minggu kemudian, pihak hospital bertemu dengan komuniti untuk menjelaskan tentang kesilapan tersebut.

"Tiada keluarga yang patut alami perkara seperti yang dilalui keluarga tersebut. Kami dapati mayat yang salah telah diberikan kepada mereka dan kami memohon ribuan maaf tentang perkara itu," kata Presiden Hospital St Boniface, Martine Bouchard.

Difahamkan, sejurus pihak hospital menyedari tentang kesilapan tersebut, dua jururawat telah terbang ke Arviat pada 21 Mei lalu.

Menurut Bouchard, insiden itu 'jarang berlaku' dan ia tidak pernah berlaku sepanjang 33 tahun beliau bekerja dalam industri tersebut.

Keluarga kedua yang terlibat dalam kejadian itu bagaimanapun tidak dikenal pasti. - Agensi


Tag: mayat, Hospital, bayi, keluarga, silap kebumi mayat, anak, anak orang lain, meninggal dunia, Ottawa, Kanada



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.