Seramai lapan pendaki tempatan berjaya menawan Gunung Everest, semalam, sekali gus menjadi kumpulan pertama daripada ratusan yang berhasrat untuk tiba di puncak tertinggi di dunia itu dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Kesemua mereka tiba di puncak Everest pada ketinggian 8,850 meter ketika membaiki tali untuk pendaki asing yang akan memulakan ekspedisi pada minggu ini.

Jurucakap syarikat juru pandu, Himalayan Guides, Iswari Paudel turut mengesahkan 'pencapaian' pasukan terbabit yang menjadi kumpulan pendaki pertama menawan Everest pada 2018.

"Ini telah membuka jalan kepada pendaki lain jika cuaca mengizinkan mereka untuk meneruskan ekspedisi pendakian tersebut," katanya.

Nepal telah mengeluarkan 346 permit kepada pendaki pada tahun ini yang akan memulakan pendakian bermula pertengahan April hingga akhir bulan ini.

Difahamkan, permit untuk pendaki asing dikenakan bayaran sebanyak AS$11,000 (RM43,455).