Seorang lelaki yang membawa bom bertindak meletupkan dirinya sendiri di hadapan sebuah pusat pemeriksaan polis berhampiran lapangan terbang antarabangsa Bangladesh pada Jumaat.

Kumpulan militan Daish mendakwa telah melakukan letupan berkenaan.

Kumpulan itu berkata, kejadian itu telah membunuh dan mencederakan ramai pegawai namun tiada jumlah yang disahkan oleh pihak berkuasa.

Letupan itu merupakan kejadian ketiga yang melibatkan bahan letupan di ibu negara tersebut dalam tempoh seminggu.

Sebelum ini, polis menembak mati militan yang dikehendaki kerana cuba menyeberangi pusat pemeriksaan keselamatan dengan motosikal sambil membawaa bahan letupan di kawasan Khilgaon, Dhaka pada Sabtu.

Sehari sebelum itu, seorang pengebom bunuh diri meletupkan dirinya di pangkalan pasukan keselamatan, sekali lagi berhampiran dengan lapangan terbang Dhaka, mencederakan dua pegawai polis.