Sepuluh termasuk tiga kanak-kanak cedera dalam satu letupan bom di Saba Yoi, Songkhla pada Isnin.
Dalam kejadian kira-kira 3.20 petang (waktu tempatan), sebutir bom buatan sendiri seberat 10 kilogram dipasang pada sebuah motosikal yang diletakkan di tepi jalan, berdekatan sebuah kuil dan sekolah.
Ketua Polis Saba Yoi Kol Kongtup Sanatip berkata ketua penolong pegawai daerah pejabat daerah Saba Yoi bersama tiga lagi anggota sukarelawan yang menaiki sebuah pikap trak kalis peluru yang melalui tempat kejadian mengalami kecederaan.
"Pikap trak tersebut tercampak ke dalam gaung.
"Selain itu, enam orang awam termasuk tiga kanak-kanak berusia antara tiga dan lima tahun yang berada di tempat kejadian mengalami kecederaan," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata kesemua mangsa kini sedang menerima rawatan di hospital berdekatan.
Kongtup berkata polis tidak menolak kemungkinan kematian lima anggota militan dalam satu pertempuran dengan pihak keselamatan di Cho-Airong, Narathiwat pada Ahad merupakan motif serangan pada Isnin.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 24 2020
Enam orang awam yang berada di tempat kejadian mengalami kecederaan susulan satu letupan bom di Saba Yoi, Songkhla pada Isnin. --fotoBERNAMA
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
Bom buatan sendiri: Pasangan pekerja kilang tinggal serumah ditahan
Dua pekerja kilang ditahan polis selepas dipercayai menghasilkan bom buatan sendiri dan menyimpannya di sebuah rumah pangsapuri di Taman Pandan, Butterworth.
Empat maut, sembilan cedera dalam serangan hendap di Pattani
Pasukan keselamatan yang sedang meronda di Pejabat Majlis Perbandaran Yarang, diserang hendap sekumpulan lelaki bersenjata.
Lebih 1,000 orang awam maut akibat bom buatan sendiri di Afghanistan - Laporan PBB
Lebih 1,000 orang awam terbunuh manakala hampir 2,700 lagi cedera akibat bom buatan sendiri (IED) di Afghanistan sejak Taliban menguasai negara itu pada 2021.
Polis buru dua lelaki baling bom buatan sendiri berhampiran kediaman PM Thailand
Pihak polis sedang memburu dua lelaki yang melemparkan dua bom buatan sendiri dekat pintu masuk kediaman Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha.
35 terbunuh dalam letupan di pasar Baghdad ketika persiapan menjelang Aidiladha
Letupan berlaku di sebuah pasar ketika penduduk sibuk membuat persiapan akhir untuk menyambut hari raya Aidiladha, kata Kementerian Dalam Negeri Iraq dalam satu kenyataan.
Dua bom meletup di Yala, tujuh wartawan antara 25 yang cedera
Bom buatan sendiri yang pertama meletup pada kira-kira 10.30 pagi (waktu tempatan) di luar pejabat SBPAC, dipercayai bertujuan menarik orang ramai keluar.
Letupan bom di Songkhla: 10 termasuk tiga kanak-kanak cedera
Dalam kejadian kira-kira 3.20 petang (waktu tempatan), sebutir bom buatan sendiri seberat 10 kilogram dipasang pada sebuah motosikal yang diletakkan di tepi jalan, berdekatan sebuah kuil dan sekolah.
Seorang renjer maut, tiga cedera dalam dua insiden letupan bom di Pattani
Ketika kejadian, mangsa bersama lima lagi rakan sedang menjalankan rondaan di Kg Rawor, Daerah Panare, Pattani.
Tiga pelajar serang sekolah dengan bom buatan sendiri ditahan
Tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Penambang yang disyaki menyerang sekolah dengan bom buatan sendiri berjaya ditahan polis
PDRM kaji tubuh jawatankuasa pantau siasatan kes bunuh Altantuya
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata polis juga akan meneliti semula kertas siasatan jika terdapat aspek baharu dalam kes itu bagi meneruskan siasatan.