Lima maut selepas wabak E.Coli menyerang Amerika Syarikat selepas didakwa tersebar menerusi salad Romaine.

Dua daripada mangsa yang terkorban dari Minnesota manakala tiga lagi masing-masing dari Arkansas, California dan New York.

Penularan terbaharu ini merupakan yang tertinggi di negara Uncle Sam itu selepas 200 orang jatuh sakit pada 2006.

Selain itu, 197 kes sudah dilaporkan di 35 negara lain seluruh dunia.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), 25 mangsa lain turut dijangkiti wabak sama menerusi laporan terakhirnya pada 16 Mei lepas.

Laporan sama juga menyebut ramai mangsa jatuh sakit dalam tempoh tiga minggu lepas ketika salad-salad yang didakwa sebagai punca masih lagi dijual di pasaraya-pasaraya di negara berkenaan.

Siasatan masih dijalankan berhubung dakwaan mengatakan salad yang ditanam di Yuma, Arizona sebagai punca utama kepada penularan wabak ini.

Menurut CDC juga, beberapa mangsa dilaporkan menghidapi wabak berkenaan selepas berjangkit daripada mangsa lain.

Wabak E.Coli mula merebak ke Amerika Syarikat pada April lepas dan setakat ini California serta Pennsylvania mencatatkan kes tertinggi.