Mahkamah Daerah Seoul meluluskan waran tangkap ke atas naib presiden Samsung Group Jay Y Lee bagi membolehkan prosiding sisatan tuduhan rasuah dilakukan pasukan pendakwa khas.

Ia percubaan kali kedua pihak pendakwaan selepas kali pertama ditolak mahkamah.

Menurut pihak pendakwa prosiding perbicaraan dijangka memakan masa 18 bulan.

Justeru, mereka memerlukan waran tangkap bagi mengelakkan Lee lari ke luar negara atau menghapuskan sebarang bukti.


Pertuduhan terhadap Lee melibatkan pemberian rasuah 43 bilion won kepada rakan karib Presiden Park Geun Hye.

Ia sebagai pertukaran sokongan kerajaan dalam proses perubahan struktur syarikat itu.

Keputusan mahkamah itu memberi tamparan hebat buat gergasi teknologi terkemuka dunia Korea Selatan itu.

Ia turut mencetuskan keraguan tentang integriti sektor korporat Korea Selatan.