KOTA KINABALU: Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau, dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung, sebelum berakhir pada acara penutup di Penampang pada 31 Mei nanti.
Timbalan Ketua Menteri I Sabah, Datuk Seri Jeffrey Kitingan berkata, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, dijadual melancarkan sambutan itu bertemakan 'Kaamatan, Melangkaui Keterjaminan Makanan' atau dalam bahasa Kadzandusun 'Kaamatan, Poingalib Kohimaganan Taakanon'.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan Pesta Kaamatan 2024 berkata, pelbagai acara akan diadakan untuk memeriahkan sambutan itu, antaranya Unduk Ngadau (pertandingan ratu cantik tradisi), Sugandoi (pertandingan nyanyian rakyat), dan sukan tradisional rakyat.
"Saya berharap supaya sambutan ini akan berjalan lancar dan mendapat sokongan padu daripada semua lapisan masyarakat di Sabah tanpa mengira bangsa dan agama. Ini perayaan kita bersama, jadi marilah raikan bersama.
"Selain itu, kita juga berharap agar pelaksanaan sambutan di peringkat daerah berjalan dengan baik. Semoga dengan sambutan ini dapat mengeratkan lagi perpaduan dalam kalangan rakyat perlbagai kaum di seluruh Malaysia, khasnya kita negeri Sabah," katanya pada sidang media sambutan itu, di sini, pada Jumaat.
Pesta Kaamatan, yang juga dikenali sebagai Tadau Kaamatan atau 'Magavau' dalam bahasa Kadazandusun ialah pesta menuai padi, namun masyarakat lama juga melihat perayaan itu sebagai menghormati 'Bambazon' atau semangat padi untuk memberikan tuaian baik kepada penduduk.
Ranau, sebuah daerah terletak 109 kilometer arah Timur dari Kota Kinabalu, terkenal dalam kalangan pelancong dengan tarikan pelancongan tanah tinggi seperti Kundasang, Poring dan Pekan Nabalu dan juga merupakan 'rumah' buat Gunung Kinabalu yang terkenal di seluruh dunia.
Sementara itu, Jeffrey berkata, pihaknya akan memastikan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku sepanjang sambutan itu dan mengingatkan semua penduduk supaya meraikannya dengan bertanggungjawab, bagi menjaga nama baik serta imej negeri ini ini terutama di mata pelancong asing.
"Kita ingin mengelak masalah yang mungkin berlaku pada masa lampau, seperti tarian yang tidak sepatutnya dan aktiviti sampai pagi. Kita tidak mahu ini berlaku kerana ini mencemarkan imej kita. Maka kita telah tetapkan peraturan.
"Ini termasuk peraturan adat apa yang boleh dan tidak boleh, pantang-larang dan akibat kejadian pada masa lampau, kita pastikan ini tidak diulangi. Kita mahu semua termasuk di kampung ada peringatan ataupun peraturan-peraturan ini dipaparkan di dewan atau balai raya," katanya.
Ditanya mengenai hukuman bagi mereka melanggar peraturan itu, Jeffrey berkata, individu berkenaan boleh dikenalan 'sogit', yang merupakan denda tradisi di Sabah, atau dibawa ke Mahkamah Anak Negeri bagaimanapun ia terpulang kepada Ketua Daerah atau Ketua Anak Negeri. - BERNAMA
Bernama
Fri Apr 26 2024
Ranau, sebuah daerah terletak 109 kilometer arah Timur dari Kota Kinabalu, terkenal dalam kalangan pelancong dengan tarikan pelancongan tanah tinggi. - Gambar fail/Bernama
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
SUKMA 2024: Atlet Sabah dinasihat jaga disiplin, nama baik negeri - Ellron
Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin menasihati atlet negeri yang mengambil bahagian dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Sarawak supaya sentiasa berdisiplin dan menjaga nama baik negeri.
Sabah perlu penyelesaian miskin tegar tersendiri - Mohd Shafie
Definisi dan situasi miskin tegar di Sabah tidak sesuai untuk disamakan dengan Semenanjung dalam usaha mencari langkah penyelesaian tuntas isu itu di negeri berkenaan.
Kerajaan tekad noktahkan kemiskinan tegar di Sabah akhir Julai ini - PM
Kerajaan bertekad mahu noktahkan kemiskinan tegar di Sabah sebelum akhir Julai tahun ini.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Gawai dan Pesta Kaamatan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah Pesta Kaamatan serta Hari Gawai yang disambut hari ini dan esok mempamerkan kemajmukan masyarakat Malaysia kepada dunia.
Pesta Kaamatan: Tempahan dan sewa pakaian tradisi jadi tumpuan
Setiap kali menjelang perayaan Pesta Kaamatan, para peniaga pakaian tradisi sentiasa menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli selain menyewa baju tradisi untuk digunakan pada majlis yang diadakan.
Uniknya sub etnik Dusun Tatana
Mungkin masih ramai yang belum mengenali kepelbagaian sub etnik yang wujud dalam suku kaum Kadazan, Dusun, Murut, dan Rungus (KDMR) di Sabah.
PM ucap selamat menyambut Pesta Kaamatan, Hari Gawai
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan serta Hari Gawai kepada masyarakat di Sabah dan Sarawak.
Bekalan beras Sabah, Sarawak cukup menjelang Kaamatan dan Gawai - Arthur
Jumlah stok sedia ada mencukupi bagi menampung keperluan beras di kedua-dua negeri itu serta Semenanjung bagi tempoh hingga lima bulan.
Pesta Kaamatan: Enam Unduk Ngadau dimahkotakan di Semenanjung Malaysia
Enam Unduk Ngadau peringkat cawangan Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) di Semenanjung Malaysia telah dimahkotakan.
Karnival TEKUN Madani sempena Pesta Kaamatan di Kuala Penyu
Pada karnival itu juga, KUSKOP akan melancarkan projek Tamu Desa bagi Sabah untuk tahun 2023.