Malaysia hari ini menggesa sokongan Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) bagi menghulurkan bantuan segera di Cox's Bazar, Bangladesh, yang kini menempatkan lebih 500,000 etnik Rohingya yang melarikan diri daripada negara mereka untuk mendapatkan perlindungan.
Menceritakan pengalamannya melawat kem pelarian Rohingya di Kutupalong di Cox's Bazar awal minggu ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pelarian Rohingya hidup dalam keadaan serba daif.
"Kami menggesa negara anggota D-8 untuk menghulurkan bantuan dalam apa-apa cara yang mereka mampu untuk mengurangkan penderitaan pelarian Rohingya berkenaan.
"Dalam soal ini, saya memuji Bangladesh atas usaha murni mereka dalam menyediakan tempat perlindungan kepada pelarian Rohingya," katanya semasa menyampaikan kenyataan negara pada Sidang Kemuncak D-8 di sini.
Bertema "Memperluas Peluang Melalui Kerjasama", sidang kemuncak itu menandakan ulang tahun ke-20 D-8 sejak penubuhannya pada 1997.
Ahmad Zahid juga berkata Malaysia akan mendirikan hospital lapangan dilengkapi 50 katil di Cox's Bazaar untuk membolehkan lebih ramai pelarian menerima penjagaan kesihatan lebih baik, dan menurutnya hospital itu akan beroperasi dalam masa sebulan dari tarikh lawatannya.
Beliau berkata untuk menangani isu (Rohingya), kerajaan Myanmar perlu membenarkan akses tanpa halangan bagi bantuan kemanusiaan untuk sampai kepada golongan sasar di zon krisis.
Beliau percaya pelaksanaan cadangan-cadangan dalam Laporan Suruhanjaya Penasihat Rakhine berkaitan dengan aspek pembangunan sosio-ekonomi akan dapat memperbaiki situasi sosio-ekonomi masyarakat Rohingya.
"Bagaimanapun, ini hanya boleh dijayakan sekiranya wujud kestabilan politik," katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut menggesa negara anggota D-8 untuk bekerjasama dalam mencartakan hala tuju strategik untuk memaksimumkan potensi industri pelancongan.
"Malaysia berpandangan bahawa kita perlu memberi lebih penekanan dan melabur lebih banyak dalam sektor pelancongan. Kita perlu melabur lebih banyak untuk infrastruktur lebih baik dan meningkatkan kesalinghubungan kerana pelancongan dan kesan bergandanya boleh menjana pelbagai faedah ekonomi kepada negara D-8.
"Negara D-8 kaya dengan warisan kebudayaan dan sejarah. Perbezaan tarikan kita dari segi geografi mempunyai potensi untuk menjadikan kita sebagai destinasi pilihan pelancong," katanya.
Beliau berkata Malaysia telah mendapat banyak manfaat daripada pelancongan, yang kini merupakan penyumbang pendapatan kedua tertinggi bagi negara, menjana anggaran US$19.5 bilion tahun lepas.
"Pendapatan dijana daripada pelancongan telah menyumbang ke arah mempelbagaikan ekonomi Malaysia dan pada masa sama menyediakan pelbagai peluang ekonomi kepada rakyat".
Ahmad Zahid berkata sebagai mengiktiraf potensi itu, Malaysia akan menganjurkan Mesyuarat Menteri-Menteri Pelancongan D-8 ke-2 di Kuala Lumpur pada tahun depan dari 10 hingga 13 April.
"Kami berharap untuk menghimpunkan semua lapan Menteri Pelancongan D-8 untuk membincangkan secara komprehensif strategi pelancongan dan rangka kerja untuk meningkatkan sektor penting ini," katanya.
Ditubuhkan pada 15 Jun, 1997, D-8 ialah sebuah organisasi untuk kerjasama dalam sektor ekonomi lapan negara membangun terdiri daripada Turki, Bangladesh, Mesir, Indonesia, Iran, Nigeria, Pakistan dan Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 20 2017
Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan (tengah) dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) bergambar bersama pemimpin Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan Negara Membangun Dalam Kerjasama Ekonomi (D-8) pada Jumaat. - Foto Bernama
PM Anwar hulur sumbangan kepada Daddy Rock
Perdana Menteri berkata Shahrol Asikin yang mengalami masalah komplikasi jantung akan menjalani prosedur pembedahan jantung bulan depan.
Larian hari pertama obor Olimpik di Perancis selesai, Drogba nyalakan kawah
Basile Boli menjadi pembawa obor pertama, memulakan larian dari Basilika Notre-Dame de la Garde yang ikonik.
Mahkamah Agung India bebaskan Ketua Menteri Delhi dengan jaminan sementara
Kejriwal ditahan Direktorat Penguatkuasaan pada 21 Mac berkaitan siasatan rasuah yang melibatkan dasar penjualan alkohol di Delhi.
PM Anwar seru Sime Darby Plantation jadi pelopor kurangkan kebergantungan buruh asing
Anwar berkata pendekatan dan kemajuan teknologi yang digunakan Sime Darby Plantation, disasarkan menjadi contoh kepada pekebun-pekebun kecil.
AirAsia terus sokong inisiatif FLYsiswa, permohonan baucar kini dibuka
Pelajar kini punya akses ke 47 laluan di seluruh rangkaian domestik AirAsia, menghubungkan Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dapat tarik FDI daripada syarikat multinasional - Maybank IB
Johor mempunyai tenaga buruh yang kompetitif, tanah yang banyak dan sumber tenaga yang lebih murah.
UTM optimis pacu teknologi AI negara, lahir tenaga mahir
Inisiatif kolaboratif dengan institusi akademik lain dikenali sebagai Konsortium AI Malaysia turut diperkenal.
337 stesen pemancar 5G beroperasi di Pahang
Baki 24 struktur disasarkan untuk disiapkan menjelang penghujung suku kedua tahun ini sekali gus menepati sasaran liputan 5G di kawasan berpenduduk.
Dua dokumentari warisan Malaysia disenarai dalam MOWCAP
Dua dokumentari itu ialah At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah: Genealogical History of Kedah State dan The Royal Correspondence of Baginda Omar.
Ibu bapa berperanan penting dalam tumbesaran kanak-kanak
Beliau berkata pelbagai masalah mungkin timbul, sekiranya kanak-kanak tidak mendapat perhatian yang cukup daripada ibu bapa.
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
Umat Islam di Bangladesh, India dan Pakistan mula berpuasa pada Selasa
Arab Saudi mengumumkan anak bulan kelihatan pada Ahad dan Isnin merupakan hari pertama Ramadan.
Bangladesh hantar pulang 330 warga Myanmar
Bangladesh menghantar pulang kira-kira 330 warga Myanmar yang mencari perlindungan di negara itu, di tengah-tengah konflik di sempadan.
Menteri Luar India, Bangladesh bincang situasi di Myanmar
Menteri Luar India dan Bangladesh mengadakan perbincangan berhubung situasi di Myanmar.
Lebih ramai Rohingya lari ke Bangladesh susulan pertempuran etnik di Myanmar
Ramai telah menyeberang ke kem pelarian Rohingya di tenggara Cox's Bazar yang menempatkan kira-kira 1.2 juta komuniti Islam dari Myanmar.
Hari pertama 2024, ratusan warga asing di Brickfields 'digempur' Imigresen
Dalam serbuan itu, seramai 370 warga asing telah diperiksa manakala lebih 100 daripada mereka didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.
1,000 polis serbu 'mini Dhaka'
Seramai 1,000 anggota dan pegawai polis dari Pasukan Gerakan Am (PGA) menggempur 'mini Dhaka' di Jalan Silang di sini, pada Khamis.
Runtuhan gudang: Mangsa tiada caruman Perkeso, KSM akan ambil tindakan terhadap majikan
Kegagalan majikan mendaftar dan membayar caruman pekerja asing itu jelas melanggar Seksyen 6, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).
Syarikat Malaysia dapat tawaran RM125 juta melalui misi Matrade ke India, Bangladesh
Syarikat Malaysia telah mendapat tawaran perniagaan bernilai RM125 juta melalui misi pecutan eksport (EAM) baru-baru ini ke India dan Bangladesh.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.