KAHERAH/AMMAN:Mesir pada Rabu mengecam insiden letupan yang menyasarkan lapangan terbang Aden di selatan Yaman dan menyifatkan ia "tindakan yang keji", lapor agensi berita Xinhua memetik kenyataan Kementerian Luar Mesir.
Kaherah sentiasa teguh menyokong Yaman dalam perjuangannya untuk mengembalikan keamanan dan kestabilan serta mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap mereka yang cedera pulih segera.
Jordan turut mengutuk serangan yang dilaporkan telah membunuh puluhan nyawa itu
Jurucakap Kementerian Luar Deifallah Fayez dalam satu kenyataan menegaskan Jordan menolak sebarang bentuk keganasan lebih-lebih lagi "serangan pengganas pengecut".
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut mengecam "serangan yang menyedihkan itu".
BACA: 26 maut dalam letupan di lapangan terbang Yaman
Setiausaha Agung Antonio Guterres mengulangi komitmen tegas PBB untuk menyokong usaha proses politik yang dipimpin Yaman untuk mencapai penyelesaian inklusif.
Moscow menyokong siasatan menyeluruh dan objektif dilakukan terhadap serangan itu, lapor agensi berita Sputnik memetik kenyataan Kementerian Luar Rusia.
"Moscow mengutuk sekeras-kerasnya tindakan jenayah itu. Kami mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan-rakan mangsa," kata kenyataan itu.
Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dalam tiga letupan menggegarkan lapangan terbang Aden pada Rabu sejurus selepas anggota kabinet baharu kerajaan tiba di ibu kota itu.
Dianggarkan 50 yang lain cedera.
Antara yang terkorban orang awam, pekerja lapangan terbang dan pegawai yang hadir menyambut ketibaan anggota Kabinet itu. Anggota kabinet dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sumber keselamatan berkata letupan itu menyasarkan ruang VIP di lapangan terbang, yang berada di bawah kawalan pasukan Majlis Peralihan Selatan (STC).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 31 2020
Orang ramai bertempiaran lari susulan kejadian letupan di lapangan terbang Aden, Yaman, 30 Dis, 2020. (Foto AP)
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hujan lebat ragut 4 nyawa, jejas ribuan pelarian di Yaman
Pihak berkuasa kesihatan di wilayah Hadramout melaporkan empat individu maut apabila kenderaan mereka dihanyut arus deras di Lembah Ayeen.
Dewan Pimpinan Presiden Yaman lantik perdana menteri baharu
Dewan Pimpinan Presiden Yaman pada Isnin melantik Menteri Luar Ahmed Awad Bin Mubarak sebagai Perdana Menteri baharu negara itu.
AS, UK serang lebih 30 sasaran Houthi di Yaman
AS dan UK melakukan serangan itu dengan sokongan beberapa negara lain antaranya, Australia, Bahrain dan Kanada.
Pemberontak Houthi umum serang kapal dagang Amerika Syarikat
Yahya Sarea dalam satu kenyataan memaklumkan angkatan bersenjata Yaman telah menyerang kapal dagang Amerika yang diberi nama 'KOI'.
Rakyat Malaysia di Yaman dilaporkan selamat - Wisma Putra
Wisma Putra berkata terdapat 376 rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di Muscat Oman.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Britain dakwa serangan ke atas Houthi tiada kaitan konflik di Gaza - PM Rishi Sunak
Serangan itu adalah tindakan mempertahankan diri dan disasarkan dengan berhati-hati, kata Rishi Sunak.
Houthi serang kembali kapal milik Amerika Syarikat
Houthi serang kapal kontena dikendalikan AS menggunakan peluru berpandu balistik anti-kapal di Teluk Aden.
Pemimpin Houthi beri amaran untuk bertindak balas terhadap serangan AS
Beliau memberi amaran 'sebarang pencerobohan oleh AS akan menerima balasan dan kami tidak akan teragak-agak melakukan segala yang termampu'.